Tinder disediakan secara percuma dalam App Store dan Google Play Store, atau lawati Tinder.com untuk menggunakan Tinder untuk Web.
Secara asasnya: Padan. Sembang. Janji temu. Ini mantra kami. Mudah dan seronok mencari kenalan pada Tinder. Tonjolkan profil anda menggunakan gambar terbaik dan menceritakan serba sedikit tentang diri anda untuk meningkatkan peluang padanan anda. Leret Kanan pada profil untuk suka seseorang. leret kiri untuk mengabaikannya. Jika seseorang menyukai anda kembali, anda saling menyukai!
Lebih banyak Ciri? Itulah Plus
Naik taraf kepada Tinder Plus® untuk ciri premium termasuk: Unlimited Like supaya anda boleh menggunakan ciri Swipe Right™ sesuka hati anda, gunakan ciri Pasport™ untuk bersembang dengan orang bujang di seluruh dunia, dan gunakan sebaiknya ciri Putar Balik untuk memberikan peluang kedua kepada seseorang. Anda juga akan menerima satu Boost sebulan dan Super Like tambahan untuk menyerlahkan diri anda dalam khalayak ramai.
Dapatkan Layanan Emas
Naik taraf kepada Tinder Gold™ untuk pengalaman kelas pertama: Pasport, Putar Balik, Unlimited Like, lima Super Like sehari, satu Boost sebulan dan kawalan profil yang lebih baik.
Nanti dahulu, ada berita lebih baik - jimatkan masa dan pencarian tanpa hala tuju dengan ciri Sukaan Emas yang membolehkan anda melihat orang yang menyukai anda sebelum anda Suka atau Tidak. Anggaplah ia sebagai penjaga Tinder peribadi anda—sedia berkhidmat sepanjang masa—membawakan semua padanan yang sesuai untuk anda. Sekarang anda boleh bersantai, menikmati minuman lazat dan melayari profil mengikut keselesaan anda. Tidak perlu lagi letih mencari. Helo #GoldLife
Jika anda melanggan Tinder Plus atau Tinder Gold, ketik pada halaman utama > Tetapan > Dapatkan Tinder Plus atau Dapatkan Tinder Gold.
Pilih Platinum
Naik taraf kepada Tinder Platinum untuk mendapat ciri yang sama dan hebat seperti Plus dan Gold, dengan tambahan dua ciri eksklusif untuk meningkatkan peluang anda mendapat padanan: Sukaan Utama dan Mesej Sebelum Padanan.
Nota: Ketika ini, Tinder Platinum hanya disediakan sebagai naik taraf untuk pelanggan Tinder Plus dan Tinder Gold. Jika anda mahu naik taraf, ketik pada skrin utama > Tetapan > Dapatkan Tinder Platinum.