Sambungka Instagram ke Tinder
Kongsikan lebih banyak tentang anda dengan menyambungkan akaun Instagram anda ke profil Tinder anda.
Untuk menyambungkan Instagram ke Tinder:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Ketik ikon pensil atau ketik Edit Profil
- Skrol ke bawah dan pilih Sambung Instagram
- Log masuk ke akaun Instagram anda
Instagram Disambungkan ke Akaun Lama
Anda hanya boleh mempunyai akaun Instagram anda disambungkan ke satu akaun Tinder pada satu masa. Jika Instagram anda terikat dengan akaun Tinder yang lama, anda perlu memadamkan akaun lama, sebelum anda boleh menyambungkan ia ke akaun baru anda.
Ikuti langkah ini untuk memadamkan akaun lama anda:
- Buka Tinder
- Log masuk akaun yang anda mahu padam
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan ketik Padamkan Akaun
Nota: Memadamkan akaun ini bermakna anda akan kehilangan padanan, mesej, pembelian guna habis (Super Like, Boost, dsb.) secara kekal dan maklumat lain yang dikaitkan dengannya.