Saya ada nombor telefon baharu
Jika anda tidak dapat melog masuk akaun anda kerana nombor telefon anda berubah, gunakan pemulihan akaun untuk mendapatkan akses:
- Buka aplikasi Tinder atau lawati Tinder.com
- Ketik Log masuk
- Pilih Masalah Log Masuk?
- Masukkan alamat e-mel anda, supaya kami boleh menghantar pautan untuk log masuk melalui e-mel
- Buka e-mel dan pilih Log Masuk
- Masukkan dan sahkan nombor telefon anda
Dari sini, anda boleh melog masuk akaun Tinder menggunakan nombor baharu anda!
Nota: Pemulihan akaun akan berjaya jika anda mempunyai akses kepada alamat e-mel yang digunakan ketika mendaftar. Bagi tujuan keselamatan, jika anda tidak boleh mengakses alamat e-mel, kami tidak boleh memberikan akses ke akaun tersebut.
Skrin putih atau oren semasa log masuk
Apabila anda membuka aplikasi Tinder untuk Android, jika anda melihat skrin kosong, putih atau oren dengan logo Tinder, sila padam dan pasang semula aplikasi. Ini akan memastikan anda menggunakan versi terkini Tinder, dengan semua pembaikan pepijat terbaharu.
Jika ini tidak berjaya, ikut langkah di bawah untuk menyelesaikan isu ini:
- Buka pelayar web pada peranti Android anda
- Lawati Tinder.com dan klik Log Masuk
- Pilih Masalah Log Masuk?
- Masukkan alamat e-mel anda, supaya kami boleh menghantar pautan untuk log masuk melalui e-mel
- Buka e-mel dan klik Log Masuk—ini akan membuka aplikasi Tinder
- Dalam aplikasi, sahkan nombor telefon anda untuk melengkapkan proses log masuk
Setelah anda berjaya log masuk, anda sepatutnya boleh menggunakan aplikasi Tinder tanpa sebarang masalah lagi.
Saya melihat mesej atau kod ralat
Tip penyelesaian masalah ini boleh membantu dengan isu log masuk umum:
- Periksa sambungan Internet anda atau cuba bertukar antara Wi-Fi dan data mudah alih
- Padam dan pasang semula aplikasi, supaya anda menggunakan versi terkini Tinder
- Gunakan Tinder.com untuk meleret di web
Perlukan bantuan lanjut? Hubungi kami dan huraikan isu secara terperinci, supaya kami boleh menelitinya. Jika ada masalah, kami ingin tahu!