Sila pastikan keutamaan penemuan anda adalah betul:
- Ketik ikon profil pada bahagian atas skrin utama
- Pergi ke Tetapan
- Cari Jarak Maksimum
Jika anda seorang pelanggan Tinder Plus, sila pastikan anda sedang meleret dalam lokasi semasa anda.
Jika masalah berterusan, tukar dari data telefon bimbit (LTE/3G/4G) ke Wi-Fi, atau sebaliknya.
Akhir sekali, anda boleh cuba log keluar dan log masuk balik ke Tinder. Ketik ikon profil di bahagian atas skrin utama > Tetapan > skrol ke bawah dan ketik Log keluar.
Sila ambil perhatian: jika hanya beberapa potensi padanan anda yang jauh, mereka mungkin menggunakan ciri pasport untuk meleret dalam lokasi semasa anda. Hanya pengguna Tinder Plus dan Tinder Gold boleh menukar lokasi mereka.