Alamat e-mel dan/atau nombor telefon hanya boleh disahkan pada satu akaun Tinder pada satu-satu masa. Maklumat ini diminta apabila anda mendaftar akaun tetapi anda boleh sentiasa menambah dan mengesahkan nombor telefon atau alamat e-mel baharu dalam tetapan akaun Tinder anda.
Masalah untuk mengesahkan e-mel
Jika anda menghadapi masalah untuk mengesahkan e-mel, cuba langkah penyelesaian masalah ini:
- Semak untuk melihat sama ada anda masukkan alamat e-mel yang betul. Ingat, ruang ini peka huruf besar dan kecil!
- Jika anda tidak melihat e-mel pengesahan dalam peti surat anda, semak folder spam atau promosi anda.
- Anda memiliki berbilang alamat e-mel? Pastikan anda masukkan alamat e-mel yang anda guna untuk akaun Tinder anda.
Masalah untuk mengesahkan SMS
Jika anda menghadapi masalah untuk mengesahkan SMS, cuba langkah penyelesaian masalah ini:
- Tidak melihat teks pengesahan? Kadang-kadang, penghantaran terlewat. Jadi, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah tunggu beberapa jam sebelum anda mencuba lagi.
- Pastikan anda sudah mengaktifkan data selular dan mempunyai sambungan rangkaian yang stabil.
- Hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih anda untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang sebab mesej kepada nombor anda disekat.
Anda memerlukan bantuan lanjut?
Laporkan masalah yang berlaku kepada kami dengan menghubungi kami! Terangkan masalah terperinci mungkin supaya pasukan kami boleh terus mula menyiasat kes anda.