Nama dan umur adalah dua item dalam profil anda yang anda tidak boleh ubah selepas anda mencipta akaun.
...Namun begitu, kesilapan ejaan boleh berlaku!
Jika anda perlu mengubah salah satu atau kedua-duanya, anda boleh padam akaun anda dan mula semula. Anda perlu ingat, apabila anda memadam akaun, semua padanan, mesej, pembelian guna habis (Super Like, Boost, dll.) dan maklumat lain yang berkaitan juga akan dipadam.
Jika anda mahu padam akaun anda, ikut langkah-langkah berikut:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan ketik Padamkan Akaun
Jika anda melanggan Tinder, anda boleh memulihkan dan menggunakannya pada akaun baharu anda. Selepas mencipta profil baharu anda, ikut arahan di sini untuk memulihkan pembelian anda.