iOS
Jika anda menghadapi masalah untuk membatalkan langganan anda pada iPhone, sila pastikan anda telah mendaftar masuk ke App Store menggunakan ID Apple yang sama ketika anda mula-mula gunakan untuk melanggan Tinder Plus.
Anda juga boleh cuba membatalkan langganan anda pada komputer dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Buka iTunes pada komputer anda.
- Pilih iTunes Store dari menu utama, kemudian pilih Lihat Akaun. Masukkan ID Apple dan kata laluan anda jika digesa.
- Daripada skrin Maklumat Akaun, skrol ke bawah halaman ke bahagian Tetapan.
- Pilih pautan Uruskan di sebelah kanan Langganan.
- Pilih langganan yang hendak diuruskan.
- Pilih opsyen untuk mematikan Pembaharuan Automatik untuk langganan ini.
Jika ini tidak membantu menyelesaikan isu, sila hubungi Sokongan Pelanggan Apple untuk maklumat lanjut.
Android
Menghadapi masalah untuk membuat pembatalan pada peranti Android anda? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membatalkan langganan anda dalam talian (langkah-langkah mungkin berbeza berdasarkan kaedah pembayaran).
- Jika anda melanggan menggunakan akaun Google Play Store anda:
- Pergi ke play.google.com/store/account dan daftar masuk ke akaun Google Play yang anda gunakan untuk melanggan pada mulanya
- Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Ketik Batalkan Langganan
- Jika anda melanggan menggunakan kad kredit di Android:
- Pergi ke Tinder.com
- Ketik ikon profil pada penjuru kiri atas di skrin
- Pilih Uruskan Akaun Pembayaran
- Ketik Batalkan Langganan
Pada Tinder di web (Tinder.com)
Jika anda mengalami masalah semasa membatalkan langganan anda di Tinder.com, sila cuba lagi nanti. Jika masalah berterusan, sila tulis kepada kami dengan menyertakan butir-butir terperinci mengenai isu atau syot layar mesej ralat yang anda lihat, dan kami akan menyiasatnya.