Langganan dan keahlian diperbaharui secara automatik melainkan awak membatalkannya. Memadam aplikasi Tinder atau akaun Tinder awak tak akan membatalkan langganan atau keahlian awak. Untuk membatalkan, ikut langkah di bawah.
iOS
Adakah nombor pesanan awak bermula dengan MK? Ini bermakna awak membuat pembelian melalui aplikasi Tinder untuk iOS dan bil awak dikenakan oleh Apple.
Untuk membatalkan menggunakan iPhone awak:
- Buka Tetapan iPhone
- Ketik nama awak, kemudian ketik Langganan
- Pilih langganan atau keahlian yang awak ingin batalkan
- Ketik Batalkan Langganan
Untuk dapatkan panduan atau sokongan lanjut tentang pembatalan, sila rujuk Sokongan Apple.
Android
Adakah nombor pesanan awak bermula dengan GPA?Ini bermaksud awak membuat pembelian melalui aplikasi Tinder untuk Android dan bil awak dikenakan oleh Google Play Store.
Untuk membatalkan menggunakan telefon Android awak:
- Buka aplikasi Google Play
- Di bahagian atas kanan, ketik ikon profil
- Ketik Pembayaran & langganan, dan kemudian Langganan
- Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Ketik Batalkan langganan
Menghadapi masalah? Hubungi Sokongan Google Play untuk bantuan lanjut.
Jika awak membuat pembelian menggunakan pilihan kad kredit langsung di Android atau Paypal:
- Buka aplikasi Tinder untuk Android
- Ketik ikon profil
- Pilih Uruskan Akaun Pembayaran
- Cari langganan atau keahlian yang ingin awak batalkan
- Ketik Batal Langganan atau Keahlian
Tinder Dalam Talian (Tinder.com):
Adakah nombor pesanan awak bermula dengan TNDR? Ini bermaksud awak membuat pembelian di Tinder.com, atau melalui aplikasi Tinder untuk Android menggunakan pilihan pembayaran kad kredit langsung.
Untuk membatalkan langganan awak:
- Pergi ke Tinder.com dan daftar masuk ke akaun awak
- Ketik ikon profil
- Pilih Uruskan Akaun Pembayaran
- Cari langganan atau keahlian yang ingin awak batalkan
- Ketik Batal Langganan atau Keahlian
Menghadapi masalah teknikal? Sila hubungi kami dengan maklumat tentang isu yang dihadapi supaya kami boleh membantu.
Nota umum tentang pembatalan
Setelah awak membatalkan langganan atau keahlian, awak masih boleh menggunakannya untuk baki hari yang sudah dibayar. Pembatalan tak akan memberikan bayaran balik secara retroaktif untuk langganan atau keahlian, dan yuran yang telah dibayar sebelum ini tidak boleh diambil kira berdasarkan tarikh pembatalan awak. Jika awak mempunyai lebih daripada satu langganan/keahlian, setiap satu akan mempunyai tarikh pembaharuannya sendiri dan perlu dibatalkan secara berasingan.