iOS:
- Pergi ke Tetapan iPhone anda > [nama anda] > iTunes & App Store
- Ketik ID Apple anda di bahagian atas skrin, kemudian ketik Lihat ID Apple (anda mungkin perlu mendaftar masuk)
- Tatal dan ketik pada Langganan
- Ketik langganan yang ingin anda uruskan
- Ketik Batalkan Langganan
Nota: Untuk maklumat lanjut tentang pembatalan, sila lawati artikel Sokongan Apple ini.
Android:
- Jika anda melanggan menggunakan akaun Google Play Store:
- Pergi ke play.google.com
- Semak untuk pastikan anda telah mendaftar masuk ke Akaun Google yang betul
- Klik Langganan saya di sebelah kiri
- Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Klik Uruskan dan kemudian Batalkan Langganan
- Jika anda melanggan menggunakan kad kredit anda:
- Buka aplikasi Tinder untuk Android
- Ketik ikon profil pada bahagian atas skrin utama
- Pilih Uruskan Akaun Pembayaran
- Ketik Batalkan Langganan
Tinder Dalam Talian (Tinder.com):
- Pergi ke www.Tinder.com
- Ketik ikon profil pada bahagian atas skrin utama
- Pergi ke Uruskan Akaun
- Sama ada lumpuhkan Pembaharuan Automatik atau pilih Batalkan
Nota: Selepas membatalkan langganan anda, anda akan dapat menggunakan Tinder Plus atau Tinder Gold untuk hari selebihnya yang telah anda bayar. Membatalkan langganan tidak akan mengundurkan tarikh untuk bayaran balik langganan, dan yuran langganan yang dicaj sebelum ini tidak boleh dikira secara pro rata berdasarkan tarikh pembatalan. Memadamkan aplikasi tidak membatalkan langganan anda.