Jika anda mempunyai langganan Tinder Plus atau Tinder Gold yang aktif, tetapi aplikasi masih meminta anda untuk melanggan, sila pastikan anda mempunyai versi Tinder yang terbaharu dan ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengembalikan pembelian anda.
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil pada bahagian atas skrin utama
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan pilih Pengembalian Pembelian
Nota: Pengembalian pembelian tidak mengembalikan padanan Tinder dan mesej yang lama. Sekiranya anda memilih untuk memadamkan akaun Tinder anda dan membuka akaun baharu, anda akan kehilangan padanan, mesej, Boost atau pakej Super Like dan lain-lain maklumat berkaitan dengan akaun tersebut secara kekal.
Jika anda menghadapi masalah semasa mengembalikan pembelian anda, sila lawati ke sini untuk maklumat lanjut.