Mohon ke Tinder U/Uni
Tinder U ™ (atau Tinder Uni di UK) merupakan ciri sempurna untuk berhubung dengan pelajar di universiti yang sama dan kolej berdekatan dengan mudah. Sesuai untuk pengguna baharu mahupun yang dah berpengalaman. Ia meningkatkan pengalaman Tinder dengan menemukan awak dengan rakan-rakan pelajar, membantu mengembangkan lingkaran sosial dan mencipta kenangan kolej yang berkekalan.
Berikut perkara yang perlu diketahui sebelum memohon:
- Untuk siapa? Tinder U ™ dikhususkan untuk mereka yang sedang belajar di kolej, berumur 18-24
- Keperluan e-mel: Mesti mempunyai alamat e-mel pelajar (berakhir dengan .edu di AS dan .ac.uk di UK) untuk mendaftar.
- Institusi pendidikan: Mesti mengikuti pengajian selama 4 tahun di sekolah terpilih, yang bertauliah dan bukan berasaskan keuntungan di AS dan UK. Sekolah-sekolah ini harus menawarkan kursus dalam format pembelajaran bersemuka tradisional.
Jika sudah mempunyai profil dan ingin memohon:
- Buka Tinder dan ketik ikon profil.
- Pergi ke Edit Profil.
- Tatal ke bawah ke Sekolah dan tambahkan maklumat sekolah.
- Ketik pada pilihan untuk Memohon Tinder U/Tinder Uni.
- Masukkan dan sahkan alamat e-mel pelajar.
Jika baru menggunakan Tinder dan ingin mendaftar:
Cuma muat turun aplikasi Tinder ke peranti Android atau iOS atau buka tinder.com di web dan buat akaun.
Jika menghadapi masalah semasa memohon:
- Pastikan awak memenuhi kriteria kelayakan yang kami nyatakan sebelum ini.
- Semak semula alamat e-mel pelajar bagi mengelakkan kesilapan menaip atau ruang tambahan.
- Gunakan domain sekolah yang betul (.edu untuk AS atau .ac.uk untuk UK).
- Jika terdapat ralat pada domain sekolah awak, hubungi kami dengan domain yang betul.
Sesuaikan profil dengan Tinder U™
Setelah disahkan di Tinder U, awak dapat melengkapkan profil dengan butiran peribadi untuk berhubung dengan lebih baik dengan rakan-rakan awak:
- Tahun tamat pengajian: Beritahu orang lain apabila berjaya tamatkan pengajian.
- Jurusan: Kongsi jurusan pengajian untuk memulakan perbualan tentang minat bersama.
- Sororiti: Sertakan fraterniti atau sororiti untuk berhubung dengan rakan-rakan lain.
- Kelab: Tunjukkan penglibatan dalam pelbagai kelab dan organisasi kampus.
Warna sekolah: Warna jalur di profil awak menunjukkan sekolah yang awak banggakan
(Sila Ambil Perhatian: ciri ini hanya tersedia kepada pengguna di AS).