Tiga tahun lalu, dunia kita berubah selama-lamanya. Covid-19 membawa cabaran baru yang tidak pernah kita jangka atau alami sebelum ini. Jadi, sekarang apa? Hari ini, kita mencari jalan ke hadapan dengan "normal baru". Apakah maksudnya? Sebenarnya, ia terpulang kepada anda.
Bertemu dengan selamat IRL
Keselamatan ahli sangat penting bagi kami. Kami mahu kamu selamat semasa berinteraksi dengan orang lain di Tinder dan bertemu dengan ahli lain secara berdepan. Apabila melibatkan kesihatan kamu, kami fikir, sebaiknya bertindaklah menggunakan akal fikiran. Tidak sihat? Jangan bertemu padanan. Pernah berjumpa dengan orang yang tidak sihat sebelum ini? Jangan bertemu padanan. Risau tentang kontak rapat? Buat janji temu di luar, seperti taman atau zoo. Pucuk pangkalnya, lakukan yang terbaik dan paling memberi keselesaan kepada diri sendiri — padanan yang betul akan faham.
Ketahui lebih lanjut
Kami menggalakkan ahli kami mengikuti perkembangan terkini dengan maklumat yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Untuk kemas kini berterusan tentang cara Tinder bertindak balas pada masa ini, sila lawati Bilik Berita kami.