Keperluan umur minimum untuk Tinder ialah 18 tahun. Jika kamu pengguna Tinder yang berada di Jepun, kamu akan diminta untuk mengesahkan umur kamu dan membuktikan bahawa kamu memenuhi keperluan ini, menurut undang-undang tempatan.
LANGKAH 1
Sila sediakan salah satu daripada bentuk ID ini:
LANGKAH 2
Ambil foto ID dengan paparan penuh
Untuk pasport Jepun, lesen memandu atau ID kesihatan, pastikan imej itu tidak sebahagiannya tersembunyi, sebahagiannya dipotong atau tidak cukup jelas.
Untuk pasport bukan Jepun, pastikan juga kamu memasukkan muka surat berkembar penuh dengan semua 4 penjuru dan tandatangan.
LANGKAH 3
Selepas ID dimuat naik, keseluruhan proses tidak sepatutnya mengambil masa yang lama!
Selepas ID disemak, kamu akan dimaklumkan dalam aplikasi. Jika ID diluluskan, kamu akan dapat bersembang dengan padanan kamu.
Privasi ahli kami adalah keutamaan
Sebaik sahaja kamu menyerahkan ID kamu, Tinder hanya akan menggunakannya untuk mengesahkan umur kamu. Untuk tujuan jaminan kualiti, kami mungkin mengekalkan ID kamu, atau maklumat tentang ID kamu (seperti jenis ID yang kamu serahkan), sehingga 90 hari selepas pengesahan umur. Selepas tempoh masa ini, kami hanya akan menyimpan hasil pengesahan kamu - jika kamu berjaya mengesahkan bahawa kamu berumur 18 tahun atau lebih, kami perlu menyimpan rekod itu untuk membolehkan kamu bersembang dengan padanan kamu.