Mahu cuba mengelak daripada bertemu seseorang di Tinder? Dengan Sekat Kenalan, anda boleh buat begitu. Kongsi senarai kenalan peranti anda dengan Tinder dan pilih kenalan yang anda mahu sekat. Kami akan berusaha sebaiknya untuk mengelakkan anda daripada saling bertemu.
Artikel ini termasuk maklumat mengenai:
Nyahsekat & memutuskan sambungan kenalan
Cara Tinder memproses senarai kenalan anda
Nota penting tentang ciri ini:
- Kenalan yang disekat tidak akan diberitahu tentang sekatan ini
- Penyekatan seseorang tidak bermakna mereka mempunyai akaun Tinder
- Penyekatan kenalan tidak menjejaskan padanan atau mesej sedia ada
- Jika maklumat kenalan yang anda guna untuk menyekat seseorang tidak padan dengan maklumat yang mereka guna untuk mendaftar, kami tidak dapat menghalang anda daripada saling bertemu
- Anda boleh berhenti berkongsi kenalan dengan ciri Sekat Kenalan dalam tetapan Tinder anda
- Jika anda tidak mahu memberikan akses ke kenalan anda, kami menawarkan pilihan untuk anda masukkan kenalan secara manual
Cara menyekat kenalan
Apakah cara untuk berkongsi kenalan dengan Tinder untuk menyekat seseorang?
Mudah sahaja! Kongsi senarai kenalan dari peranti anda ke Tinder, dan pilih kenalan yang anda mahu sekat:
- Buka Tinder dan ketik ikon profil
- Pergi ke “Tetapan”
- Skrol ke bawah dan pilih “Sekat Kenalan”
- Benarkan Tinder mengakses kenalan anda
- Dalam tab “Kenalan”, pilih orang yang anda mahu elak daripada senarai kenalan anda
- Ketik "Sekat Kenalan"
Setiap kali anda menggunakan ciri ini, kami akan menarik senarai kenalan anda dari peranti anda supaya anda boleh pilih orang yang anda mahu sekat. Apabila anda meninggalkan ciri ini, kami hanya akan menyimpan maklumat kenalan untuk orang yang anda sekat (nama, e-mel dan/atau nombor telefon).
Bolehkah saya menambah kenalan secara manual?
Ya. Jika anda tidak mahu berkongsi kenalan anda dengan Tinder, atau jika anda mahu menyekat seseorang yang tidak disimpan dalam senarai kenalan anda, anda boleh menambah maklumat kenalan secara manual. Ini caranya:
- Ikut langkah 1 - 3 di atas
- Kemudian, ketik ikon + di sebelah atas skrin
- Masukkan maklumat kenalan dan ketik “Selesai”
Cara membatalkan sekatan dan memutuskan sambungan kenalan
Apakah cara untuk nyahsekat seseorang?
Jika anda mahu nyahsekat kenalan dalam ciri Sekat Kenalan, ikut langkah-langkah ini:
- Buka Tinder dan ketik ikon profil
- Pergi ke “Tetapan”
- Skrol ke bawah dan pilih “Sekat Kenalan”
- Pergi ke tab “Disekat”
- Ketik “Nyahsekat” di sebelah setiap kenalan yang disekat yang anda mahu nyahsekat, atau ketik ikon menu di penjuru atas kanan dan pilih “Nyahsekat Semua”
Apakah cara untuk menghentikan perkongsian senarai kenalan peranti saya dengan Tinder?
Jika anda mahu mematikan perkongsian antara ciri ini dengan senarai kenalan peranti anda, ikut arahan di bawah:
- Ikut langkah 1 - 3 di atas
- Ketik ikon menu di penjuru kanan atas
- Pilih “Putuskan Sambungan Senarai Kenalan”
Pemutusan sambungan senarai kenalan tidak akan mengubah senarai kenalan yang sudah disekat. Bagi tujuan privasi, kami akan membiarkan sekatan ini sehingga anda meminta kami membatalkan sekatan.
Bagaimanakah Tinder memproses senarai kenalan saya?
Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, kami menggunakan senarai kenalan anda supaya anda mudah dan pantas memilih kenalan yang anda mahu elak di Tinder. Setiap kali anda ke bahagian Sekat Kenalan, kami akan menunjukkan senarai kenalan dari peranti anda supaya anda boleh pilih orang yang anda mahu sekat. Apabila anda meninggalkan ciri ini, kami hanya akan menyimpan maklumat kenalan untuk orang yang anda sekat (nama, e-mel dan/atau nombor telefon). Kami akan menggunakan maklumat ini untuk mengelakkan anda daripada melihat kenalan yang disekat dan begitu juga sebaliknya (dengan andaian mereka mencipta akaun menggunakan maklumat kenalan yang anda muat naik).
Kami tahu maklumat peribadi anda dan privasi anda penting kepada anda. Jadi, kami mahu anda tahu bahawa ia juga penting kepada kami. Sila rujuk Dasar Privasi untuk maklumat lanjut tentang amalan privasi.