Tanggapan Pertama ialah ciri premium yang bantu awak lebih menonjol berbanding orang lain. Awak boleh mulakan dulu dengan hantar mesej ringkas (140 aksara atau kurang) kepada seseorang yang menarik perhatian awak sebelum berpadanan.
Hantar Tanggapan Pertama
- Tengok padanan berpotensi dalam Penemuan
- Nampak seseorang yang awak suka? Ketik ikon kapal terbang kertas
- Taip mesej awak
- Ketik hantar
Kalau orang yang awak hantar Tanggapan Pertama tu pun Suka awak balik, awak berdua sepadan dan boleh teruskan perbualan.
Tanggapan Pertama Mingguan disertakan dengan langganan Tinder Platinum ™. Bukan ahli Platinum? Jangan risau, awak juga boleh membeli Tanggapan Pertama dalam pek.
Ingat
Tanggapan Pertama yang dihantar mungkin tak dilihat oleh pengguna tersebut. Faktor seperti tetapan Penemuan mereka atau status pengesahan umur mungkin mempengaruhi penghantaran mesej.
Tinder boleh menguji dan memperhalusi ciri dari semasa ke semasa, termasuk ciri yang membolehkan orang ramai beritahu minat atau hantar mesej berkaitan dengan Suka. Dalam sesetengah ujian, ciri ini mungkin berfungsi secara berbeza atau boleh dilihat pada titik yang berbeza dalam proses pemadanan. Pengalaman mungkin berbeza mengikut pengguna, lokasi atau dari semasa ke semasa dan tak semua pengguna akan lihat tingkah laku ciri yang sama.
Nota: Tanggapan Pertama tak boleh dihantar kepada padanan berpotensi yang belum disahkan umur.