Apakah umur minimum yang ditetapkan?
Platform dan peranti yang disokong
Apa itu Tinder?
Selamat datang ke Tinder! Tinder diperkenalkan di kampus kolej pada tahun 2012 dan ia merupakan aplikasi paling popular di dunia untuk bertemu orang baru. Tinder ialah tempat yang dibina di atas dunia yang berkemungkinan. Kemungkinan itu membentuk hubungan yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih lagi.
Tinder memang mudah dan menyeronokkan — Leret Kanan® untuk Suka seseorang, dan kalau dia pun Suka awak balik, itu Padanan! Bersedialah untuk melangkah ke dunia penuh kemungkinan.
Apakah umur minimum yang ditetapkan?
Umur minimum untuk menggunakan Tinder ialah 18 tahun. Kalau awak tak dibenarkan guna Tinder sebab belum cukup umur, awak tak boleh teruskan pendaftaran sampai umur awak cecah 18 tahun.
Bolehkah saya menggunakan Tinder di mana-mana sahaja di dunia?
Tinder ialah platform dating global, yang tersedia di 190+ negara dan menyokong 40+ bahasa. Berminat untuk dating, kenal orang baru, luaskan rangkaian sosial atau jumpa orang tempatan masa melancong? Kalau ya, awak berada di tempat yang betul.
Adakah Tinder percuma?
Tinder tersedia secara percuma di App Store dan Google Play Store, atau lawati Tinder.com untuk gunakan Tinder di Web. Versi percuma kami membolehkan awak untuk padan, sembang dan berhubung.
Naik taraf ke Plus®, Platinum™ atau Gold™ untuk pengalaman Tinder yang lebih hebat! Ketahui lebih lanjut tentang peringkat langganan dan cari padanan yang sesuai untuk awak.
Platform dan peranti yang disokong
Tinder kini tersedia di Android dan iOS. Selain daripada aplikasi mudah alih kami, awak boleh layari Tinder.com untuk guna Tinder versi Web.
Kami juga ada versi Tinder yang lebih ringan dan mudah digunakan di mana-mana saja — muat turun Tinder Lite di Google Play store.
Tinder kini menyokong iOS 16.0 ke atas, Android 9.0 ke atas, dan versi terkini semua pelayar web utama (Chrome, Firefox, Safari, Edge, dll.).