Tinder U™ (Tinder Uni di UK) atau Mod Kolej* memudahkan pelajar berhubung dengan orang lain di universiti dan kolej berdekatan. Ia menjadikan pengalaman Penemuan awak lebih tertumpu kepada rakan pelajar, memudahkan awak meluaskan pergaulan dan mencipta kenangan kolej yang bermakna.
Tinder U/Uni tersedia untuk pelajar di kawasan terpilih.
*Ambil perhatian: Selain daripada Tinder U/Uni, pengguna di sesetengah kawasan mungkin akan dapat pengalaman baru yang dipanggil Mod Kolej. Pengalaman ni mungkin akan diperkenalkan di lebih banyak kawasan nanti.
Mohon ke Tinder U/Uni
Sebelum awak memohon:
Untuk sertai Tinder U, awak mesti:
- Berdaftar di sekolah terpilih yang diiktiraf, bukan berasaskan keuntungan, dengan tempoh pengajian selama 4 tahun dan menawarkan format pembelajaran tradisional secara bersemuka
-
Mempunyai alamat e-mel pelajar yang sah. Kami menerima e-mel pelajar dengan domain ini:
- .edu.au (AU)
- .edu.in (IN)
- .ac.in (IN)
- .in (IN)
- .ac.jp (JP)
- .ac.uk (UK)
- .edu (US)
Untuk memohon Tinder U:
- Buka Tinder dan ketik ikon Profil
.
- Ketik ikon Edit Maklumat
.
- Tatal ke bawah ke Sekolah atau Kolej dan tambahkan maklumat sekolah/kolej awak.
- Ketik Mohon untuk Tinder U/Tinder Uni.
- Masukkan dan sahkan alamat e-mel pelajar.
Ada masalah semasa memohon?
Jika awak menghadapi masalah semasa memohon, cuba langkah berikut:
- Pastikan awak memenuhi kriteria kelayakan yang kami nyatakan sebelum ini.
- Jika terdapat ralat pada domain sekolah/kolej awak, hubungi kami dengan domain yang betul.
Sesuaikan profil dengan Tinder U™
Setelah disahkan di Tinder U™, awak dapat melengkapkan profil dengan butiran peribadi untuk berhubung lebih baik dengan rakan pelajar:
- Tahun tamat pengajian: Beritahu orang lain apabila berjaya tamatkan pengajian.
- Jurusan: Kongsi jurusan/kursus awak untuk memulakan perbualan tentang minat yang sama.
- Kelab/Persatuan: Tunjukkan penglibatan awak dalam pelbagai kelab/persatuan dan organisasi kampus.
- Warna sekolah/kolej: Jalur warna pada dan di atas profil awak untuk menunjukkan semangat sekolah/kolej awak.
- Sororiti: Sertakan fraterniti atau sororiti awak untuk berhubung dengan rakan-rakan lain (Kehidupan Sororiti hanya tersedia dia AS).