Nyahpadan
Apabila nyahpadan seseorang, mereka tidak akan muncul dalam senarai padanan dan begitu juga sebaliknya. Nyahpadan adalah satu tindakan yang kekal. Orang yang awak nyahpadan tidak akan dimaklumkan, tetapi mungkin perasan awak tiada dalam senarai padanan mereka.
Untuk nyahpadan seseorang, sila ikuti langkah di bawah:
- Buka sembang dengan orang itu
- Ketik 3 titik di penjuru kanan sebelah atas
- Ketik Nyahpadan.
Jika tersedia di wilayah awak, awak juga boleh pilih untuk sekat profil sambil nyahpadan. Ini bermakna awak berdua tidak lagi dapat melihat profil satu sama lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Penyekatan, sila baca artikel Pusat Bantuan ini.
Nyahpadan Tanpa Sengaja
Nyahpadan seseorang tanpa sengaja? Ia berlaku (ops!). Apabila nyahpadan, awak berdua tidak lagi akan melihat satu sama lain dalam senarai padanan. Malangnya, tindakan ini kekal dan tidak boleh diubah.