Ruang Lepak membolehkan anda dan rakan-rakan untuk padan dan bersembang dengan kumpulan rakan yang lain. Tertakluk pada had tertentu, Ruang Lepak tersedia di semua platform di pasaran terpilih.
Nota: Walaupun perbualan kumpulan boleh diteruskan di Web, tiada fungsi kumpulan lain yang tersedia buat masa ini.
Menggunakan Ruang Lepak
Anda boleh mencipta kumpulan dengan rakan-rakan dan leret pada kumpulan rakan yang lain. Sesiapa di Tinder boleh mencipta Kumpulan. Sebaik saja kumpulan anda mempunyai 3 ahli serta aktiviti dan masa yang ditetapkan, anda dan rakan-rakan boleh meneroka dan leret pada kumpulan rakan yang lain. Ruang Lepak boleh berupa sesuatu seperti menganjurkan Aktiviti Kumpulan seperti permainan mini golf atau karaoke, atau sesuatu yang lebih santai seperti keluar pada waktu malam.
Kumpulan ini akan ditunjukkan dalam Penemuan sama seperti profil individu dan Double Date, dengan perbezaan bahawa beberapa orang daripada Kumpulan akan dipaparkan untuk dilihat.
Apabila padan dengan kumpulan lain, sembang akan dibuka antara seluruh kumpulan pengguna. Anda juga boleh leret ke kanan pada individu dalam kumpulan anda dan buka DM individu untuk berhubung secara terus.
Sila ambil perhatian: Memandangkan Kumpulan sedang dalam fasa ujian, ciri premium dan manfaat langganan (seperti Boost dan Super Suka) tidak akan serasi dalam Kumpulan buat masa ini. Sementara kami terus menguji Ruang Lepak, mungkin terdapat perubahan pada jemputan, bilangan kumpulan yang boleh disertai, atau ciri lain.
Mencari Ruang Lepak
Kumpulan ialah ciri percuma yang sedang diuji di pasaran terpilih. Jika ia tersedia di kawasan anda, sila ikut arahan di bawah. Ini terpakai untuk semua platform:
- Sentuh butang pil Ruang Lepak anda pada skrin Penemuan anda.
- Jemput rakan membentuk Kumpulan.
- Mula gunakan ciri Leret pada Kumpulan yang lain.
Mewujudkan pengalaman Ruang Lepak yang positif
Kami mahu semua orang dapat pengalaman positif semasa menggunakan Kumpulan. Berikut beberapa perkara yang perlu diingati:
- Penting untuk anda dan rakan-rakan anda dalam Ruang Lepak sedar dan mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Sebarang pelanggaran dasar kami boleh menyebabkan tindakan diambil terhadap 1 atau berbilang akaun dalam Kumpulan.
- Jika anda atau rakan anda melihat tingkah laku yang tidak sesuai dalam aplikasi atau di dunia sebenar (IRL), sila laporkan perkara ini. Anda boleh semak sumber pelaporan kami di sini.
- Anda dan rakan Kumpulan anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Tinder.
- Apabila bersembang sebagai Kumpulan dalam aplikasi atau IRL, sentiasa dapatkan persetujuan daripada ahli Kumpulan anda sebelum anda membincangkan sebarang butiran peribadi (termasuk maklumat hubungan).
- Jika awak ingin berbincang tentang topik seksual, pastikan anda mendapat persetujuan semua ahli dalam Kumpulan.
Menyesuaikan pengalaman Ruang Lepak anda
Sama ada anda menggunakan Tinder semata-mata untuk mencari Kumpulan untuk anda dan rakan, atau jika anda langsung tidak berminat untuk melihat Kumpulan, pilihan di tangan anda. Ruang Lepak mempunyai Tetapan tersendiri untuk sesuaikan pengalaman anda.
- Buka Tinder dan ketik ikon Profil
.
- Ketik ikon Tetapan
.
- Skrol sehingga anda jumpa bahagian yang berlabel "Ruang Lepak”.
- Di sini, anda akan menemui pilihan seperti menonjolkan Kumpulan berbanding profil individu dalam Penemuan, atau menyembunyikan semua Kumpulan sepenuhnya.