Kami tahu app tergendala memang menyulitkan tetapi anda tidak perlu panik! Ada beberapa langkah penyelesaian masalah yang anda boleh cuba:
- Pertama sekali, pastikan anda ada sambungan Internet yang stabil. Cuba tukar antara Wi-Fi dengan data mudah alih untuk menentukan sama ada ia bermasalah.
- Padam dan pasang semula app. Ini bukan sahaja membolehkan anda menggunakan versi terkini Tinder tetapi juga menyegarkan semula pengalaman app anda. Selepas ini, semua pasti berjalan lancar semula!
- Jika masalah ini berlaku apabila menggunakan app Tinder untuk iOS atau Android, anda boleh cuba Tinder.com.
Salah satu langkah ini boleh menyelesaikan masalah anda. Namun begitu, jika ia tidak berkesan, besar kemungkinan kami mengalami sedikit tahap kemerosotan perkhidmatan. Kami menghargai kesabaran anda sementara kami berusaha menyelesaikan masalah ini.
Jika masalah berterusan, kami mahu mengetahuinya! Hubungi kami dan terangkan masalah anda secara terperinci supaya kami boleh menyiasatnya.