Sama ada anda telah jumpa padanan anda atau ingin berehat, ini cara untuk batalkan langganan anda dan elakkan caj pada masa depan.
Pembelian iOS
Kalau nombor pesanan anda bermula dengan MK, itu bermakna anda membuat pembelian melalui aplikasi Tinder di iOS dan caj dikenakan oleh Apple.
Untuk batalkan pada peranti Apple anda:
- Buka Tetapan anda
- Ketik nama anda di bahagian atas
- Ketik Langganan
- Cari dan pilih langganan yang anda ingin batalkan
- Ketik Batalkan Langganan
Kalau anda perlukan bantuan, hubungi Sokongan Apple untuk ketahui lagi lanjut.
Sila ambil perhatian: Pilihan pembayaran Apple Pay dan Web sedang dilancarkan di pasaran terpilih. Kalau anda melanggan dengan salah satu kaedah ini, sila rujuk arahan di bawah pembelian Tinder.com.
Pembelian Android
Kalau nombor pesanan anda bermula dengan GPA, itu bermakna anda mendaftar melalui aplikasi Tinder di Android dan caj dikenakan oleh Google Play Store.
Untuk batalkan pada peranti Android anda:
- Buka aplikasi Google Play
- Ketik ikon profil anda di bahagian atas sebelah kanan
- Pergi ke Pembayaran & Langganan > Langganan
- Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Ketik Batalkan langganan
Kalau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi Sokongan Google Play untuk dapatkan bantuan lanjut.
Sebagai alternatif, kalau anda bayar terus dengan kad kredit atau PayPal melalui apl Android:
- Buka aplikasi Tinder pada peranti Android anda
- Ketik ikon profil anda
Pilih Urus Akaun Pembayaran - Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Ketik Batalkan Langganan
Perlukan bantuan lanjut? Hubungi syarikat kad kredit anda atau Sokongan PayPal untuk dapatkan sokongan lanjut.
Pembelian Tinder.com
Sekiranya nombor pesanan anda bermula dengan TNDR, anda membuat pembelian di Tinder.com atau melalui aplikasi Android menggunakan kad kredit.
Untuk batalkan:
- Pergi ke tinder.com dan log masuk
- Ketik ikon profil
anda
- Pilih Uruskan Akaun Pembayaran
- Pilih langganan yang ingin dibatalkan.
- Ketik Batalkan Langganan
Menghadapi masalah teknikal? Hubungi kami dengan butiran dan kami akan membantu anda.
Pembelian pihak ketiga
Sekiranya anda membuat pembelian pihak ketiga, ia mungkin dilakukan di luar aplikasi Tinder atau tinder.com.
- Untuk batalkan: Ikuti salah satu set langkah pembatalan di atas.
-
Untuk memohon bayaran balik: Anda perlu menghubungi terus pedagang yang berkenaan.
Butiran tambahan tentang pembatalan langganan
- Menyahpasang atau memadamkan aplikasi tidak akan membatalkan langganan anda.
- Langganan hanya boleh dikaitkan dengan 1 akaun Tinder pada satu masa.
- Jika anda telah menukar peranti (seperti daripada iOS kepada Android), anda mesti batalkan langganan anda pada peranti lama kerana langganan tidak dipindahkan antara platform.
- Langganan diperbaharui secara automatik sehingga ia dibatalkan.