Jika anda mahu menurun taraf langganan anda kepada Tinder Gold atau Tinder Plus, ikut langkah di bawah.
Pada iPhone
Jika anda melanggan menggunakan ID Apple anda, buka Seting peranti anda > [nama anda] > iTunes & App Store > ketik ID Apple anda > Langganan > Tinder.
Perubahan langganan akan mula sebaik sahaja langganan sedia ada tamat tempoh. Anda akan dikenakan bayaran mengikut kadar baharu ketika itu. Jika anda mahu butiran lanjut tentang proses pengebilan, sila rujuk Sokongan Apple.
Pada Android
Jika anda melanggan menggunakan akaun Google Play Store, Google Play tidak menyokong penurunan taraf langganan.
Jika anda ada langganan Tinder sedia ada, anda boleh batalkan langganan dan tunggu langganan anda tamat tempoh. Kemudian, anda boleh langgan sekali lagi dalam aplikasi.
Pada Tinder.com
Kami tidak menyokong penurunan taraf langganan. Jika anda ada langganan Tinder sedia ada, anda boleh batalkan langganan dan tunggu langganan tamat tempoh. Kemudian, anda boleh langgan sekali lagi.