Untuk gunakan Tinder, awak perlu berikan akses kepada lokasi peranti awak:
iOS
- Buka Tetapan iOS awak
- Skrol ke bawah ke Tinder
- Klik Lokasi.
- Pilih Semasa Menggunakan Aplikasi.
Android
- Buka Tetapan telefon awak
- Skrol ke bawah ke Aplikasi dan pilih Tinder
- Pilih Kebenaran, kemudian Lokasi.
- Pilih Hanya Semasa Menggunakan Aplikasi.
Tinder.com
Proses ini akan berbeza bergantung pada pelayar dan platform (desktop, telefon mudah alih) yang awak gunakan.
Chrome (desktop):
- Di bahagian atas kanan, klik Lagi (ikon tiga titik) kemudian pilih Tetapan
- Daripada Tetapan, klik Privasi & Keselamatan
- Pergi ke Tetapan Tapak, kemudian pilih Lokasi.
- Benarkan Tinder mengakses lokasi awak.
Safari (desktop):
- Klik Safari di bahagian atas skrin awak.
- Pergi ke Keutamaan kemudian Laman Web.
- Pergi ke Lokasi.
- Pilih Tinder, kemudian pilih Benarkan.
- Kembali ke Tinder.com dan benarkan Tinder mengakses lokasi awak.
Safari (iOS):
- Pastikan awak bukan dalam mod pelayaran peribadi. Safari akan menyekat perkhidmatan lokasi secara automatik semasa dalam mod ini.
- Buka Tetapan iOS.
- Pilih Privasi.
- Pilih Perkhidmatan Lokasi kemudian Safari.
- Setelah sampai di sini, pastikan awak telah membenarkan Safari mengakses lokasi awak Semasa Menggunakan Aplikasi.
Firefox (desktop):
- Pergi ke Tinder.com.
- Klik ikon maklumat di sebelah URL laman web.
- Pergi ke Kebenaran.
- Pilih Lokasi.