Kemas Kini Pilihan Penemuan
Penemuan ialah bahagian Tinder di mana anda boleh melihat profil orang lain. Anda boleh melaraskan pilihan carian anda dan mengawal siapa yang anda boleh lihat dalam Penemuan dengan mengedit Tetapan Penemuan anda.
Untuk mengedit Tetapan Penemuan anda:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skol ke bawah ke Penemuan
Kemas kini orientasi seksual anda, umur dan jarak orang lain yang anda lihat di Tinder dan banyak lagi!
Matikan Penemuan
Apabila anda mematikan Penemuan, profil anda tidak akan ditunjukkan kepada sesiapa yang baru di Tinder*, tapi anda masih boleh melihat dan bersembang dengan padanan anda.
Untuk menghidupkan atau mematikan Penemuan:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skol ke bawah ke Penemuan
- Cari Tunjukkan saya di Tinder
*Nota: Orang yang pernah Sukakan anda sebelum mematikan Penemuan masih mempunyai peluang untuk melihat profil anda dan Sukakan anda kembali; ini bermakna anda masih boleh mendapat padanan baru, walaupun selepas anda mematikan Penemuan.