Teroka ialah koleksi pengalaman yang tersedia untuk pengguna Android & iOS di seluruh dunia. Teroka menawarkan pengguna peluang untuk Leret dan Padan dengan pengguna yang berkongsi minat atau pengalaman yang serupa.
Mengakses Teroka
Awak boleh akses Teroka dengan mengikut arahan di bawah. Ini terpakai untuk Android dan iOS:
- Buka aplikasi Tinder
- Pada bar navigasi bahagian bawah, ketik ikon Teroka
- Tatal dan cari pengalaman Teroka pilihan awak!
Menggunakan Teroka
Selepas awak ketik tab Teroka, awak akan melihat pengalaman dan jubin yang tersedia untuk awak. Teroka menawarkan pelbagai jenis pengalaman daripada minat (seperti makanan atau muzik) kepada ciri unik. Awak pun boleh nampak jubin bermusim atau berasaskan acara.
Sila ambil perhatian: Sesetengah jubin adalah khusus mengikut wilayah atau masa dan tertakluk kepada perubahan.
Leret dan Padan berfungsi sama dalam Teroka seperti dalam Penemuan, dengan pengguna yang dipaparkan di sini disesuaikan mengikut pengalaman.