Gunakan ciri Kawan yang Sama untuk tahu kalau anda ada kenalan yang sama dengan orang lain di Tinder.
Nota: Kawan yang Sama tersedia di pasaran terpilih untuk pengguna Android dan iOS.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Selepas import kenalan, kalau awak dan orang lain di Tinder ada kenalan yang sama dan kalau orang itu pun pilih Kawan yang Sama, awak akan nampak jumlah kenalan yang sama dipaparkan pada profil mereka. Awak tak akan nampak nama kenalan yang sama — cuma jumlahnya sahaja.
Contohnya:
- Jika Pengguna A mempunyai Orang B dalam senarai kenalan mereka,
- dan Pengguna C juga mempunyai Orang B dalam senarai kenalan mereka,
- Dan Orang B ialah satu-satunya kenalan yang dikongsi Pengguna A dan Pengguna C
- Kemudian: Pengguna A dan Pengguna C akan lihat yang mereka ada 1 kenalan sama, apabila mereka melihat satu sama lain di Tinder. Tapi mereka tidak akan melihat bahawa kenalan itu ialah Orang B.
Sila ambil maklum yang awak boleh jadi Orang B dalam senario ini. Kalau awak merupakan kenalan yang sama untuk 2 pengguna Tinder, awak akan termasuk dalam kiraan jumlah kenalan yang sama, tapi mereka tidak akan tahu yang awak adalah kenalan yang sama untuk mereka.
Jika ada mana-mana hubungan sama yang awak nak elakkan daripada melihat dan dilihat di Tinder, awak boleh Sekat Kenalan sebelum menggunakan ciri ini.
Macam mana saya boleh lihat Kawan yang Sama?
Kalau awak ada akses ke Kawan yang Sama, mulakan dengan:
- Buka aplikasi Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
.
- Tatal untuk cari Kawan yang Sama dan ketik untuk dayakan.
- Pilih kalau awak nak sekat mana-mana kenalan
- Lengkapkan tetapan dengan import senarai kenalan awak
Bolehkah saya lihat Kawan yang Sama, tapi tak dikira sebagai kawan?
Ia tidak berfungsi seperti itu — kalau 2 pengguna Tinder ada awak dalam kenalan mereka dan mendayakan Kawan yang Sama, awak akan termasuk dalam kiraan jumlah kenalan yang sama. Sila ambil maklum bahawa mereka tidak akan melihat nama kenalan yang sama.
Boleh saya uruskan kenalan saya yang mana akan dimuat naik?
Kalau ada kenalan dalam senarai awak yang awak tak nak ditambahkan ke Kawan yang Sama, awak boleh sekat kenalan itu sebelum mula guna ciri ini. Ikuti langkah di bawah "Bagaimana melihat Kawan yang Sama?" di atas untuk mula.
Apa akan berlaku jika saya matikan Kawan yang Sama?
Dengan mematikan Kawan yang Sama dalam Tetapan akaun, awak tidak akan melihat kenalan yang sama dipaparkan pada profil orang lain dan kenalan yang awak import akan dipadamkan. Ciri Kawan yang Sama boleh dimatikan dalam tetapan Tinder, pada bila-bila masa.
Bagaimana Tinder menggunakan maklumat kenalan saya?
Kawan yang Sama merupakan ciri Tinder yang memerlukan senarai kenalan pada peranti awak. Setelah kebenaran diberikan untuk kami mengakses senarai kenalan awak, kami mengumpulkan maklumat nombor telefon kenalan awak dan menyimpannya dengan selamat. Untuk kenalan yang diimport, kami juga menyemak sama ada kenalan tersebut adalah pengguna Tinder yang telah memilih Kawan yang Sama. Ini membolehkan kami memaparkan jumlah kenalan yang sama antara awak dan pengguna lain yang memilih Kawan yang Sama. Kalau kenalan yang diimport bukan pengguna Tinder, maklumat mereka diuruskan seperti yang digariskan di bawah dalam "Maklumat untuk kenalan yang tidak menggunakan Tinder."
Sebagai pengguna Tinder, awak mungkin telah berikan Tinder kebenaran sebelum ini untuk akses senarai kenalan awak, seperti semasa menggunakan ciri Sekat Kenalan kami. Kalau awak ada sebarang soalan tentang cara Tinder menggunakan data peribadi ini, sila semak Dasar Privasikami.
Maklumat untuk kenalan yang tidak menggunakan Tinder:
Kami mungkin memproses nombor telefon awak walaupun awak bukan pengguna Tinder, jika salah seorang pengguna kami yang sedia ada mempunyai nombor awak dalam senarai kenalan dan memilih untuk memuat naik senarai kenalan itu ke Tinder yang berkaitan dengan Kawan yang Sama.
Apabila pengguna Tinder memuat naik nombor awak ke Tinder, kami menukar nombor itu menjadi cincang kriptografi yang tidak boleh dibaca atau diterbalikkan oleh kami. Kami tidak mengambil nama yang dikaitkan dengan nombor itu daripada peranti pengguna. Kami tidak menggunakan cincang yang disimpan untuk sebarang tujuan selain daripada memaparkan jumlah kenalan yang sama, sebagai sebahagian daripada Kawan yang Sama.
Kalau awak bukan pengguna Tinder dan tidak mahu nombor awak digunakan oleh mana-mana pengguna Tinder sebagai sebahagian daripada ciri Kawan yang Sama, awak boleh hubungi kami untuk meletakkan nombor awak dalam senarai disekat.
Untuk maklumat lanjut tentang cara kami memproses data bukan pengguna, sila baca artikel ini.