1 atau beberapa padanan hilang
Semua padanan saya telah hilang
Gambar padanan saya tidak dapat dimuatkan.
1 atau beberapa padanan hilang
Jika hanya 1 atau beberapa padanan hilang, besar kemungkinan mereka menamatkan padanan atau memadam akaun Tinder mereka. Jika mereka memadamkan akaun mereka dan memutuskan untuk kembali ke Tinder, awak mungkin akan melihat orang itu dalam Penemuan.
Semua padanan saya telah hilang
Ini mungkin sementara, sila cuba lagi lain kemudian. Jika awak masih tidak melihat sebarang padanan, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah untuk log keluar dan log masuk semula ke aplikasi:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan ketik Log keluar
Tiada padanan baharu
Tanpa mengira latar belakang dan rupa paras — membina hubungan memerlukan masa dan usaha. Ia bukan secara tiba-tiba, tak selalunya konsisten dan bukan sentiasa tentang awak. Beberapa tip mungkin diperlukan untuk tampil lebih menonjol:
- Kemas kini bio atau foto awak untuk menyegarkan profil dengan cepat
- Hidupkan ciri Foto Pintar untuk memastikan awak sentiasa menggunakan foto yang mendapat paling banyak Suka
- Sambungkan akaun Insta dan Spotify awak ke profil bagi membolehkan padanan berpotensi melihat dan mendengar lebih banyak tentang diri awak
Berita baiknya? Tak lama lagi awak pasti dapat berkenalan dengan orang baharu.
Padanan dimuatkan tanpa henti
Jika padanan awak tidak dimuatkan sepenuhnya, ada beberapa langkah yang boleh awak cuba:
- Pastikan ada sambungan internet yang kukuh — cuba tukar antara Wi-Fi dan data mudah alih untuk melihat jika terdapat masalah.
- Padam dan pasang semula aplikasi. Ini bukan sahaja memastikan awak menggunakan versi terkini Tinder, ia juga menyegarkan pengalaman aplikasi awak!
- Jika masalah ini berlaku apabila menggunakan aplikasi Tinder untuk iOS atau Android, cuba gunakan Tinder.com
Foto padanan saya tidak dapat dimuatkan
Jika 1 atau beberapa foto padanan tidak dapat dimuatkan, cuba log keluar dan log masuk semula.
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan ketik Log keluar
Tip ini sepatutnya membantu, tapi jika tidak berkesan, kemungkinan kami sedang menghadapi masalah teknikal. Kami hargai kesabaran awak sementara kami berusaha menyelesaikan isu tersebut.