Namun begitu, jangan panik — kami tahu ia mengecewakan tapi masalah sembang biasanya berlaku sekejap saja. Sementara itu, ada beberapa langkah penyelesaian masalah yang boleh anda cuba untuk menyelesaikannya sendiri:
- Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang kuat. Cuba tukar antara Wifi dengan data mudah alih untuk memastikan sama ada masalah tersebut berkaitan dengan sambungan anda atau tidak.
- Padam dan pasang semula app. Ini bukan sahaja membolehkan anda menggunakan versi terkini Tinder tetapi juga menyegarkan semula pengalaman app anda. Selepas ini, semua pasti berjalan lancar semula!
-
Setelah anda kembali ke aplikasi, cuba hantar semula mesej anda.
- iOS: Ketik tanda seru berwarna merah di sebelah mesej yang gagal dihantar.
- Android: Ketik mesej itu sendiri untuk cuba menghantar sekali lagi.
Jika masalah berterusan, kami mahu mengetahuinya! Hubungi kami dan terangkan masalah anda secara terperinci supaya kami boleh menyiasatnya.