Selamat datang ke komuniti Tinder. Jika anda jujur, berhati baik dan menghormati orang lain, anda sentiasa dialu-alukan di sini. Jika anda bersikap sebaliknya, anda tidak akan bertahan lama.
Matlamat kami adalah semua pengguna boleh meluahkan diri mereka secara bebas selagi mereka tidak menyinggung orang lain. Dalam Tinder, semua orang dilayan pada standard yang sama.
Kami meminta anda bertimbang rasa, berfikir sebelum bertindak serta mematuhi garis panduan komuniti kami di dalam dan luar talian.
Jika anda mahu melihat garis panduan komuniti kami, lawati laman web di sini.