Halaman ini mengandungi maklumat penting tentang dasar keselamatan Tinder dan prosedur pelaporan, sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang Colorado. Sila rujuk juga Garis Panduan Komuniti, Terma Penggunaan dan Petua Keselamatan kami untuk panduan tambahan tentang cara memastikan pengalaman anda di Tinder kekal selamat dan saling menghormati.
Apakah dasar Tinder mengenai keganasan seksual dan kelakuan lain yang mengancam keselamatan awam atau peribadi?
Di Tinder, kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan saling menghormati untuk semua pengguna. Tinder tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk gangguan, keganasan seksual, perbuatan menghendap, atau apa-apa tingkah laku yang mengancam keselamatan peribadi atau awam, sama ada dalam talian atau luar talian.
Melakukan perlakuan seksual dengan orang lain tanpa persetujuan mereka bukan sahaja melanggar peraturan Tinder, tetapi juga menyalahi undang-undang. Ia boleh membawa kepada akibat yang serius, termasuk liabiliti sivil atau jenayah. Jika terdapat siasatan jenayah, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak penguat kuasa undang-undang.
Untuk butiran lanjut mengenai peraturan Tinder, sila lihat Garis Panduan Komuniti dan Terma Penggunaan kami.
Bagaimanakah saya boleh melaporkan tingkah laku atau kandungan yang pada pendapat saya melanggar garis panduan Tinder?
Anda boleh menghantar laporan dengan cepat dan mudah menggunakan alat pelaporan dalam aplikasi atau dengan menghantar e-mel kepada kami.
Mengemukakan laporan palsu atas sebab berniat jahat, berat sebelah atau sebab tidak sah yang lain ialah pelanggaran terhadap Terma kami dan boleh menyebabkan tindakan diambil terhadap akaun anda.
Adakah Tinder mengesahkan identiti pengguna atau menjalankan semakan latar belakang jenayah?
Kami menawarkan ciri pengesahan foto dan, di sesetengah pasaran, ciri pengesahan identiti pilihan. Dalam sesetengah kes, kami mungkin meminta pengguna melengkapkan proses pengesahan foto jika kami mengesyaki bahawa sesuatu akaun tidak sahih, telah dikompromi, atau milik seseorang yang tidak layak menggunakan perkhidmatan kami. Walaupun kami tidak menjalankan semakan latar belakang jenayah atau identiti ke atas semua pengguna, kami mungkin menyemak maklumat pengguna dengan daftar pesalah seks negeri apabila kami mempunyai maklumat yang mencukupi untuk berbuat demikian. Akaun yang didapati milik pesalah seks berdaftar akan disekat.
Tiada pengesahan foto dalam talian atau proses semakan latar belakang yang sempurna, dan ia juga tidak dapat menjamin bahawa seseorang itu selamat. Sentiasa berhati-hati apabila bertemu orang baharu dalam talian atau secara bersemuka. Untuk nasihat lanjut yang membantu anda kekal selamat, lihat Petua Keselamatan kami.
Bolehkah individu yang pernah disabitkan dengan jenayah menggunakan Tinder?
Terma kami melarang penggunaan perkhidmatan kami oleh sesiapa sahaja yang telah disabitkan kesalahan atau membuat pengakuan tidak membantah terhadap jenayah feloni atau mana-mana jenayah yang melibatkan salah laku seksual atau keganasan. Jika kami mengetahui bahawa seseorang pengguna mempunyai rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak layak menggunakan Tinder, kami akan menyekat akaun mereka.
Apa yang berlaku kepada pengguna yang dilaporkan kerana melanggar peraturan?
Kami memberi perhatian serius kepada semua laporan salah laku. Kami menyemak laporan dengan segera dan, jika kami mendapati pengguna tersebut telah melanggar Terma kami atau Garis Panduan Komuniti, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bergantung pada tahap keseriusan pelanggaran, akibatnya boleh berkisar daripada amaran hingga larangan. Pelanggaran yang melibatkan keganasan, ancaman keganasan, salah laku seksual atau tingkah laku berbahaya serius yang lain akan mengakibatkan larangan di Tinder dan di seluruh portfolio Match Group.
Kami mengehadkan maklumat yang kami kongsi tentang laporan apabila perlu untuk melindungi keselamatan atau privasi pelapor dan pihak lain yang terlibat.
Semua pengguna berpeluang untuk membuat rayuan terhadap tindakan yang diambil ke atas akaun mereka. Maklumat mengenai proses rayuan boleh didapati di sini.
Apabila laporan tentang salah laku seseorang pengguna diterima, adakah padanan pengguna tersebut dimaklumkan?
Selaras dengan undang-undang Colorado, kami menghantar pemberitahuan e-mel kepada pengguna di Colorado yang telah bertukar mesej dengan ahli yang telah kami sekat kerana tingkah laku penipuan yang diketahui atau disyaki. “Tingkah laku penipuan” ialah tingkah laku yang, berdasarkan penilaian kami, menunjukkan bahawa pengguna tersebut menimbulkan risiko besar untuk cuba mendapatkan wang (atau sesuatu yang bernilai) daripada pengguna lain melalui cara penipuan, dengan menggunakan identiti palsu, atau dengan cuba menipu pengguna lain.
Selain itu, seperti yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi kami, kami hanya boleh mendedahkan maklumat akaun pengguna dalam keadaan yang terhad, seperti apabila maklumat tersebut menjadi subjek sepina atau waran yang sah di sisi undang-undang atau apabila dikehendaki oleh undang-undang.
Untuk maklumat lanjut atau sokongan
Bahagian “Sumber” dalam halaman Petua Keselamatan/Pusat Keselamatan kami merangkumi talian bantuan dan sumber lain untuk individu yang terselamat daripada keganasan seksual, keganasan rumah tangga dan jenayah lain.
Untuk sumber tempatan di Colorado, lihat:
- You Have the Right CO: Maklumat dan sumber untuk mangsa serangan seksual serta keluarga mereka.
- Violence Free Colorado: Sumber dan sokongan untuk mangsa keganasan rumah tangga dan keluarga mereka.
- Direktori Perkhidmatan Mangsa Jenayah: Direktori komprehensif perkhidmatan dan sumber untuk mangsa jenayah, pembela hak dan penyedia perkhidmatan di seluruh Colorado.
- 1-844-493-TALK (8255): Talian Sokongan 24/7/365 untuk sesiapa sahaja yang terkesan oleh krisis kesihatan mental, penggunaan bahan, atau emosi.