Gambaran keseluruhan notis
Pengguna Tinder ada pilihan untuk tambah senarai kenalan peranti mereka pada Tinder untuk guna Kawan yang Sama. Ciri sukarela ini membolehkan mereka mengetahui sama ada mereka mempunyai kenalan yang sama dengan pengguna Tinder yang lain. Oleh itu, kalau awak ada dalam senarai kenalan dalam peranti pengguna yang pilih untuk guna Kawan yang Sama, nombor telefon awak mungkin diproses oleh Tinder walaupun awak bukan pengguna Tinder.
Notis ini menggariskan amalan Tinder untuk pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat hubungan kepunyaan bukan pengguna pihak ketiga, dan memberikan maklumat tentang cara pihak ketiga boleh memilih untuk tidak menggunakan maklumat mereka sebagai sebahagian daripada ciri Tinder.
Cara Tinder menggunakan maklumat kenalan bukan pengguna
Bagaimana Kawan yang Sama berfungsi
Kawan yang Sama merupakan ciri Tinder yang memerlukan penggunaan senarai kenalan pengguna Tinder. Sebaik sahaja pengguna Tinder memberikan kebenaran untuk mengakses senarai kenalan mereka, kami mengumpulkan maklumat nombor telefon daripada kenalan mereka dan menyimpannya dengan selamat. Kami menyemak sama ada kenalan tersebut dikongsi oleh pengguna Tinder lain yang juga memilih Kawan yang Sama. Ini membolehkan kami memaparkan jumlah kenalan yang sama antara pengguna yang telah memilih Kawan yang Sama. Hanya jumlah kenalan yang sama dipaparkan, dan bukan nama kenalan.
Cara kami menggunakan maklumat bukan pengguna
Sesetengah kenalan dalam senarai kenalan pengguna Tinder mungkin milik individu yang bukan pengguna Tinder. Apabila kami mengesan nombor telefon yang bukan milik pengguna Tinder, dan mungkin bukan pengguna Tinder, kami menukar nombor tersebut menjadi nilai cincang kriptografi yang direka untuk menghalang nombor tersebut daripada dikenalpasti sebagai bukan pengguna oleh Tinder. Menukar nombor menjadi cincang kriptografik bermaksud kami tidak menyimpan nombor telefon mereka yang bukan pengguna Tinder; kami hanya menyimpan nilai cincang kriptografi ini. Setiap nilai cincang disimpan pada pelayan Tinder, dan dipautkan kepada pengguna Tinder yang mula-mula memberikan maklumat kenalan. Nilai cincang disimpan selagi pengguna Tinder yang memuat naik kenalan terus menggunakan Kawan yang Sama dan terus menyimpan nombor telefon bukan pengguna dalam senarai kenalan mereka. Sebaik sahaja pengguna Tinder memadamkan akaun mereka atau membuat keputusan untuk keluar daripada Kawan yang Sama, nilai cincang yang berkaitan dengan akaun mereka juga akan dipadamkan.
Tinder tidak menggunakan maklumat bukan pengguna yang kami kumpul untuk sebarang tujuan lain selain daripada ciri Kawan yang Sama, dan maklumat ini tidak dikongsikan dengan mana-mana entiti Match Group yang lain. Selain itu, apabila pengguna memberikan kami kebenaran untuk mengakses senarai kenalan mereka, kami hanya mengumpulkan nombor telefon; maklumat lain yang terdapat dalam senarai kenalan pengguna, seperti nama atau alamat e-mel tidak akan diambil.
Akhir sekali, sekiranya bukan pengguna membuat keputusan untuk menyertai Tinder dan juga memilih Kawan yang Sama, nombor telefon yang mereka berikan kepada Tinder semasa mendaftar digunakan untuk membuka kunci maklumat kenalan yang pernah disimpan sebelum ini, untuk tujuan menghubungkan mereka dengan pengguna Tinder lain yang juga menggunakan Kawan yang Sama dan dengan siapa mereka berkongsi kenalan yang sama.
Pilihan untuk bukan pengguna
Bukan pengguna yang tidak mahu maklumat mereka disimpan bagi penggunaan Kawan yang Sama oleh pengguna Tinder boleh hubungi Sokongan Tinder dan meminta menambahkan nombor mereka ke senarai disekat, bagi memastikan maklumat mereka tidak akan digunakan untuk ciri Kawan yang Sama.
Walau apa pun di atas, disebabkan kami hanya menyimpan nilai cincang kriptografik sebagai pengganti nombor telefon bukan pengguna, kami mungkin tidak boleh mengesahkan yang maklumat awak ada dalam sistem kami. Sebagai hasilnya, keupayaan kami untuk bertindak balas kepada permintaan subjek data termasuk permintaan akses atau hak untuk pembetulan, mungkin terhad.