Semua orang berhak berasa selamat untuk mengekspresikan diri di Tinder. Sebab itulah tangkapan dan rakaman skrin profil disekat untuk pengguna di rantau terpilih.
Cara ia berfungsi
Pertama sekali, ada beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada awak dilindungi oleh ini:
- Kami telah mencatat perkara ini di bawah “Utamakan keselamatan” selepas melengkapkan penyertaan.
- Awak boleh menemui nota tentang ini semasa menambah foto pada profil awak.
Jika seseorang cuba mengambil tangkapan atau rakaman skrin profil, peranti mereka akan menghalang profil itu daripada dirakam. Perlindungan ini digunakan secara automatik, jadi tiada apa-apa yang perlu dihidupkan.
Sila ambil perhatian: Pengalaman akan berbeza antara Android dan iOS. Tangkapan dan rakaman skrin telah disekat sepenuhnya pada Android, manakala iOS menyekat tangkapan skrin atau rakaman skrin apabila profil dipaparkan.
Keselamatan adalah keutamaan kami. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tiada teknologi yang boleh menghalang sepenuhnya kandungan profil daripada ditangkap atau dikongsi, contohnya dengan menggunakan peranti lain. Sentiasa fikirkan dengan teliti tentang foto dan maklumat yang awak tambahkan pada profil awak.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.