Paling Secocok ialah cadangan peribadi yang mengetengahkan seseorang yang lebih berkemungkinan awak akan ajak berbual. Paling Secocok tersedia untuk pengguna Android dan iOS di pasaran terpilih.
Mengakses dan menggunakan Paling Secocok
Cadangan Paling Secocok akan dipaparkan pada skrin Penemuan awak bersama pengguna lain yang boleh awak leret. Cadangan akan dipaparkan dengan label "Paling Secocok dan boleh berinteraksi dengannya seperti mana-mana profil lain.
Kalau seseorang dipaparkan kepada awak sebagai Paling Secocok, mereka berkemungkinan nampak awak juga, maksudnya awak mungkin berpadanan. Cadangan tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu, jadi cepat bertindak!