Pernah Berselisih ialah cara untuk mencari orang yang baru-baru ini anda pernah bertembung dalam kehidupan sebenar. Pernah Berselisih tersedia untuk pengguna Android dan iOS dalam pasaran terpilih.
Mengakses Pernah Berselisih
Setiap hari Ahad, anda akan menerima Cadangan pengguna yang mungkin pernah anda terserempak sepanjang minggu lalu. Anda boleh menemukan Cadangan ini dengan mengikuti arahan di bawah:
- Buka Tinder.
- Ketik pada ikon Teroka pada bar alat.
- Di bahagian atas skrin Teroka, anda akan melihat Cadangan Pernah Berselisih anda.
Maklumat lanjut tentang menarik diri daripada ciri Pernah Berselisih boleh didapati dalam “Cara Pernah Berselisih menggunakan data lokasi anda” di bawah ini.
Menggunakan Pernah Berselisih
Setiap hari Ahad, pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan, anda akan menerima Cadangan pengguna yang mungkin pernah terserempak dengan anda sepanjang minggu lalu, dan mungkin serasi dengan anda berdasarkan pilihan anda. Profil anda juga mungkin muncul dalam Cadangan untuk pengguna lain. Cadangan ini dijana menggunakan data lokasi peranti daripada anda dan pengguna lain, yang bermaksud pengguna yang ditunjukkan kepada anda ialah pengguna yang mungkin berdekatan dengan anda pada masa yang sama pada minggu lalu.
Cara Pernah Berselisih menggunakan data lokasi anda
Pernah Berselisih menggunakan data lokasi daripada peranti anda untuk menentukan siapa yang berada berhampiran anda pada waktu yang hampir sama dalam minggu lalu dan menjana Cadangan anda. Kami menggunakan lokasi peranti anda untuk menentukan ketika anda berhampiran dengan pengguna Tinder yang lain pada waktu yang hampir sama dalam minggu lalu - pengguna ini mungkin dicadangkan dalam Cadangan mingguan anda. Hari dan masa anda bertembung tidak akan dipaparkan dalam Cadangan. Kami mahu Pernah Berselisih terasa seperti pertemuan yang tidak dirancang, bukannya untuk mendedahkan rutin, alamat atau jadual anda.
Seperti cadangan yang biasanya anda lihat di Tinder, Pernah Berselisih memerlukan kebenaran perkongsian data lokasi peranti dengan Tinder diaktifkan supaya kami dapat menjana Cadangan anda. Anda boleh menyemak atau melaraskan kebenaran ini, atau menarik diri daripada ciri Pernah Berselisih sepenuhnya, seperti yang dinyatakan di bawah.
Tetapan lokasi peranti
Anda boleh menyemak dan mengemas kini kebenaran perkongsian data lokasi anda dengan Tinder pada bila-bila masa dengan mencari “Tinder” dalam tetapan peranti anda.
- Seperti cadangan yang biasanya anda lihat di Tinder, Pernah Berselisih memerlukan akses lokasi "Semasa Menggunakan Aplikasi".
- Anda juga boleh memilih untuk mendayakan akses lokasi sebagai “Sentiasa" bagi mendapat lebih banyak Cadangan yang relevan, tetapi ini tidak diperlukan untuk Pernah Berselisih berfungsi.
- Jika anda memilih untuk melumpuhkan semua perkongsian lokasi, kami tidak dapat menunjukkan cadangan termasuk Cadangan Pernah Berselisih kepada anda.
Tetapan Pernah Berselisih
Anda boleh menarik diri daripada Pernah Berselisih pada bila-bila masa. Menarik diri bermakna anda tidak layak untuk menerima atau ditunjukkan dalam Cadangan mingguan, tetapi ini tidak akan menjejaskan pengalaman cadangan biasa anda. Untuk menarik diri, sila ikuti arahan berikut:
- Buka Tinder.
- Buka tab Profil, dan ketik ikon Tetapan.
- Tatal sehingga anda melihat Tetapan Pernah Berselisih.
- Matikan “Masukkan saya dalam Cadangan Pernah Berselisih”.
Privasi & Keselamatan Pernah Berselisih
Pernah Berselisih dibina berasaskan asas Kepercayaan & Keselamatan yang sama seperti ciri Tinder yang lain. Berikut ialah beberapa langkah keselamatan yang telah kami laksanakan untuk Pernah Berselisih:
- Orang yang telah anda sekat atau nyahpadan, dan orang yang telah menyekat anda tidak akan muncul dalam Cadangan anda, dan sebaliknya. Ini terpakai kepada sesiapa sahaja yang dialih keluar daripada Tinder.
- Kami mengehadkan kekerapan pengguna lain boleh muncul dalam Cadangan anda dan sebaliknya, walaupun anda mungkin kerap bertembung. Cadangan dibina untuk pertemuan yang tidak dirancang, bukan untuk mendedahkan rutin rakan sekerja, rakan sekelas, jiran atau sesiapa sahaja yang anda kerap bertembung.
- Pelaporan dan penyekatan berfungsi dengan cara yang sama seperti mana-mana ciri yang lain di Tinder. Buka mana-mana profil dalam Cadangan anda, ketik elipsis (tiga titik), dan pilih Sekat atau Laporkan.
- Cadangan tidak mendedahkan lokasi tepat anda atau pengguna lain, atau lokasi anda dalam masa nyata. Tiada pemberitahuan masa nyata, tiada mesej "anda telah dilihat di", dan tidak mungkin untuk menggunakan Cadangan untuk menghantar mesej kepada seseorang di luar aliran 'Suka dan Padan' yang biasa.
Jika anda berasa tidak selamat pada bila-bila masa, kunjungi Pusat Keselamatan kami untuk sumber dan panduan.