Kami faham, kadang-kadang rancangan boleh berubah. Walaupun kebanyakan pembelian dalam aplikasi tak boleh dibayar balik, ada juga pengecualian dalam situasi tertentu. Kalau awak perlukan bantuan melibatkan pembelian dalam tempoh 14 hari lepas, kami sedia membantu. Maklumat yang awak perlukan ada di bawah, bergantung pada tempat awak membuat pembelian.
Permintaan bayaran balik TNDR atau COSU
Kalau awak membeli atau melanggan menggunakan kad kredit/debit, PayPal atau Google CC, kami boleh membantu dengan permintaan bayaran balik awak. Untuk mempercepatkan permintaan awak, sila ambil perhatian perkara berikut:
- Hubungi kami menggunakan alamat e-mel yang sama dengan yang digunakan untuk membuat pembelian.
- Sertakan nombor pesanan dalam permintaan awak (ia bermula dengan TNDR atau COSU, bergantung sama ada ia langganan atau produk boleh guna).
Permintaan bayaran balik Apple & Google
Kalau awak buat pembelian melalui Apple atau Google, awak perlu menghubungi mereka secara terus untuk bantuan berkaitan bayaran balik atau pembatalan. Permintaan bayaran balik akan disemak mengikut budi bicara setiap platform dan tertakluk kepada dasar bayaran balik mereka tersendiri.
Berikut cara awak boleh meminta bayaran balik melalui platform yang awak gunakan untuk pembelian tersebut:
Apple App Store
Bagi pembelian yang dibuat terus melalui Apple, sila ambil maklum bahawa Apple menguruskan semua permintaan bayaran balik dan pembatalan untuk langganan dan produk boleh guna Tinder (seperti Boost dan Super Suka).
Untuk membuat permintaan bayaran balik, kunjungi Sokongan Apple.
Google Play Store
Bagi pembelian yang dibuat terus melalui Google, sila ambil maklum bahawa Google menguruskan semua permintaan bayaran balik dan pembatalan untuk langganan dan produk boleh guna Tinder (seperti Boost dan Super Suka).
Untuk membuat permintaan bayaran balik, kunjungi halaman sokongan Google untuk arahan langkah demi langkah mengikut kawasan awak.