Adakah langganan anda terikat dengan akaun lama Tinder?
Langganan hanya boleh dikaitkan dengan satu akaun Tinder pada satu-satu masa.
Jika anda melihat mesej ralat yang menyatakan, “Langganan anda sedang terikat pada akaun Tinder sedia ada,” ini bermakna langganan anda dikaitkan dengan akaun lain yang bukan akaun yang anda log masuk.
Jika anda mahu menggunakan langganan pada akaun baharu anda, anda perlu memadam akaun lama terlebih dahulu. Pemadaman akaun anda akan memadamkan semua padanan, mesej dan maklumat lain yang berkaitan dengan akaun tersebut secara kekal.
- Log masuk akaun yang anda mahu padam
-
Ketik ikon profil
-
Pergi ke Tetapan
-
Skrol ke bawah dan pilih Padamkan Akaun
Sebaik sahaja anda berjaya memadam akaun lama anda, log masuk akaun baharu dan cuba pulihkan pembelian anda sekali lagi.
Adakah anda baru menukar peranti?
Jika anda menukar platform mudah alih anda daripada iOS kepada Android atau sebaliknya, kami sarankan agar anda membatalkan langganan semasa anda dan melanggan sekali lagi pada peranti mudah alih baharu anda. Penggunaan dan pengurusan langganan anda paling mudah dilakukan jika anda melanggan pada platform mudah alih semasa anda.
Masih menghadapi masalah?
Bagi sebarang isu pemulihan pembelian yang lain, sila hubungi kami dengan menyertakan syot layar mesej ralat atau isu yang dialami anda.