Jika anda menerima pemberitahuan tentang Super Like, buka Tinder dan mula meleret untuk mengetahui identiti orang yang Super Like anda. Profilnya mungkin bukan profil pertama dalam susunan kad anda tetapi ia akan muncul dengan ikon berwarna biru terang. Suka profil mereka untuk padanan serta-merta!
Jika anda melanggan Tinder Gold atau Platinum, anda boleh membuka grid Sukaan Emas untuk melihat Super Like terbaru.
Kadang-kadang Super Likes tidak sengaja dihantar (semua orang pernah melakukannya), dan kadang-kadang Super Likes ditarik balik menggunakan Putar Balik. Ini berlaku jika anda tidak melihat Super Like dalam susunan kad atau grid Sukaan Emas selepas diberitahu tentangnya.