Kami faham ada kalanya anda terasa seperti anda ikan yang kecil di dalam kolam yang besar. Jadi, Boost dan Super Boost membantu menonjolkan profil anda supaya menjadi profil popular di kawasan anda buat seketika.
Tingkatkan kekerapan profil anda dikunjungi orang sehingga 10x untuk Boost dan 100x untuk Super Boost. Ya, betul apa yang anda baca: sehingga. satu. ratus. kali. anda. dikunjungi.
Walaupun semua ciri ini tidak menjaminkan padanan, ia sangat berkesan meningkatkan peluang anda, walaupun selepas tempoh Boost berakhir.
Aktifkan Boost atau Super Boost dan mula meleret untuk melihat hasilnya. Apabila anda dipadankan dengan seseorang ketika menggunakan Boost, anda dapat melihat ikon panahan petir berwarna ungu di sebelah nama padanan itu.