Masalah kaedah pembayaran
Jika anda menghadapi masalah dengan kaedah bayaran anda, sila ke halaman ini untuk maklumat lanjut.
Mesej ralat “Pembelian gagal” (iOS)
Jika anda melihat ralat yang menyatakan “Pembelian Gagal,” ini bermakna ID Apple ID anda sudah dikaitkan dengan langganan aktif pada akaun Tinder yang lain. Setiap ID Apple hanya boleh dikaitkan dengan satu akaun Tinder dan satu langganan pada satu-satu masa.
Sebelum anda boleh membeli langganan Tinder pada akaun baharu, anda perlu memadam akaun lama terlebih dahulu. Pemadaman akaun anda akan memadamkan semua padanan, mesej dan maklumat lain yang berkaitan dengan akaun tersebut secara kekal.
- Log masuk akaun Tinder yang anda mahu padam
- Ketik ikon profil
- Pergi ke Tetapan
- Skrol ke bawah dan pilih Padamkan Akaun
Masih menghadapi masalah?
Tidak kira sama ada anda menghadapi masalah dengan pembelian dalam aplikasi atau pada Tinder.com, kami mahu mengetahuinya. Sila tulis kepada kami bersama syot layar atau butiran tentang masalah tersebut supaya pasukan kami boleh menyiasatnya.