Di Tinder, kami komited lindungi data dan privasi awak, serta berikan akses kepada maklumat yang telah diberi kepada kami.
Cara membuat permintaan untuk data anda
- Lawati Alat Urus Akaun Saya dan log masuk.
- Ketik “Muat Turun Maklumat Saya”
- Masukkan alamat e-mel yang anda ingin gunakan untuk menerima pautan muat turun.
- Ketik “Serah”
Selepas anda menyerahkan permintaan anda, kami akan menghantar pautan muat turun kepada e-mel anda dalam masa beberapa hari. Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, pautan ini akan tamat tempoh 24 jam selepas e-mel dihantar. Jika anda tidak mengakses data anda dalam tempoh masa tersebut, anda boleh menyerahkan semula permintaan anda.
Cara memuat turun data anda
- Buka e-mel daripada kami yang memaklumkan anda bahawa data kini tersedia.
- Ketik pautan muat turun dalam e-mel tersebut untuk menyimpan fail ZIP.
- Ekstrak fail ZIP tersebut.
- Buka fail index.html untuk melihat data anda dalam pelayar.
Memahami fail data anda
Selepas membuka zip muat turun anda, anda akan melihat folder yang mengandungi data peribadi anda. Di dalam folder tersebut, anda mungkin mendapati fail index.html yang merupakan versi muat turun data anda yang mesra pengguna. Buka fail in dalam pelayar anda untuk menyemak data anda. Anda juga boleh menemukan versi data anda yang berstruktur dan boleh dibaca oleh mesin dalam format JSON.
Muat turun anda mungkin mengandungi maklumat tentang:
- Maklumat akaun & profil
- Keutamaan dan tetapan
- Foto & media lain yang anda muat naik
- Aktiviti pemesejan
- Aktiviti leret & padanan
- Maklumat pembelian & langganan
- Perkhidmatan yang disambungkan (cth. Spotify)
- Data penggunaan & teknikal
Kebanyakan maklumat yang anda terima melalui alatini sudah tersedia kepada anda melalui aplikasi, seperti alamat e-mel, nombor telefon, gambar profil, mesej dan keutamaan anda.
Data dalam muat turun anda mungkin berbeza bergantung pada cara anda menggunakan Tinder. Jika bahagian tertentu muncul kosong dalam muat turun anda, ini bermaksud tiada data untuk kategori tersebut dalam akaun anda. Jenis maklumat tertentu seperti data yang telah anda padamkan (yang dilupuskan menurut Dasar Privasi kami) atau maklumat yang boleh menjejaskan privasi atau keselamatan orang lain tidak akan dimasukkan dalam fail anda.
Cara membuat permintaan untuk data anda jika anda tidak dapat mengakses akaun anda
Jika anda padamkan akaun Tinder anda, anda tidak akan dapat mengakses Alat Uruskan Akaun Saya, kerana anda tidak lagi mempunyai akaun di Tinder.
Jika anda padamkan akaun anda atau tidak dapat daftar masuk, anda boleh menyerahkan permintaan akses data seperti berikut:
- Gunakan borang permintaan privasi kami
- Di bawah “Apakah kebimbangan anda?”, pilih “Saya mempunyai soalan lain tentang data saya.”
- Dalam medan “Penerangan”, masukkan butiran permintaan anda
- Pilih “Laporkan”
Sila berikan alamat e-mel yang boleh kami hubungi anda. Jika anda pengguna Tinder, sertakan e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda. Anda juga boleh menyediakan lampiran untuk membantu kami memberi maklum balas.
Untuk melindungi anda dan semua ahli kami, kami mungkin meminta maklumat untuk mengesahkan identiti anda atau kuasa anda untuk bertindak bagi pihak ahli lain sebelum kami dapat menjawab permintaan anda.
Soalan tentang data anda
Jika anda perlukan bantuan atau mempunyai soalan tentang data yang anda terima, anda boleh menghantar permintaan seperti yang diterangkan di atas. Anda juga boleh membalas e-mel yang anda terima daripada pasukan Sokongan kami berkenaan eksport data anda.
Nota: Untuk maklumat tentang cara untuk menghubungi Pejabat Perlindungan Data Tinder, lihat Soalan Lazim (FAQ) di sini.