Double Date ialah ciri yang tersedia untuk pengguna Android, iOS dan Web di pasaran terpilih. Double Date membolehkan awak dan kawan untuk padan dan bersembang dengan pasangan kawan yang lain.
Menggunakan Double Date
Dengan Double Date, awak boleh mencipta sehingga 3 pasangan kawan dan leret pada pasangan kawan yang lain. Double Date ini akan ditunjukkan kepada awak dalam Penemuan, sama seperti profil individu, dengan perbezaan kedua-dua orang daripada Double Date ditunjukkan bersebelahan untuk awak lihat.
Apabila awak padan dengan pasangan Double Date yang lain, sembang dibuka melibatkan awak berempat. Di sini, awak boleh bersembang dalam kumpulan dengan pasangan Double Date yang dipadankan. Awak juga boleh leret ke kanan pada individu dalam pasangan yang dipadankan dan buka DM individu untuk berhubung secara terus.
Sila ambil perhatian: Memandangkan Double Date sedang dalam fasa ujian, ciri premium dan manfaat langganan (seperti Boost dan Super Suka) belum disokong buat masa ini.
Mencari Double Date
Double Date ialah ciri percuma yang sedang diuji di pasaran terpilih. Jika ia tersedia di kawasan awak, sila ikut arahan di bawah. Ini terpakai untuk semua platform:
- Ketik ikon Double Date pada skrin Penemuan atau Mesej awak
- Jemput sehingga 3 kawan untuk berpasangan
- Mula gunakan ciri Leret pada Double Date yang lain
Mewujudkan pengalaman Double Date yang positif
Kami mahu semua orang dapat pengalaman positif semasa menggunakan Double Date. Berikut beberapa perkara yang perlu diingat:
- Penting untuk awak dan rakan-rakan dalam Double Date sedar dan mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Sebarang pelanggaran dasar kami boleh menyebabkan tindakan diambil terhadap 1 atau kedua-dua akaun dalam Double Date.
- Jika awak atau kawan awak melihat tingkah laku yang tidak sesuai dalam aplikasi atau IRL, sila laporkan perkara ini. Awak boleh semak sumber pelaporan kami di sini.
- Awak dan kawan-kawan mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Tinder.
- Apabila bersembang dalam kumpulan di aplikasi atau IRL, sentiasa dapatkan persetujuan daripada kawan Double Date sebelum awak berkongsi sebarang butiran peribadi (termasuk maklumat hubungan).
- Jika awak ingin berbincang tentang topik seksual, pastikan awak mendapat persetujuan semua ahli dalam kumpulan.
Menyesuaikan pengalaman Double Date awak
Sama ada awak guna Tinder semata-mata mencari Double Date untuk awak dan kawan, atau langsung tak berminat dengan Double Date, pilihan di tangan awak. Double Date mempunyai Tetapan tersendiri untuk sesuaikan pengalaman awak.
- Buka Tinder dan ketik ikon Profil
.
- Ketik ikon Tetapan
.
- Tatal sehingga awak jumpa bahagian yang berlabel "Double Date"
- Di sini, awak akan jumpa pilihan seperti menonjolkan profil Double Date berbanding profil individu dalam Penemuan, atau menyembunyikan sepenuhnya semua profil Double Date.