Sila ambil perhatian: Pengguna di sesetengah rantau mungkin melihat variasi ciri ini (Mencari foto terbaik anda). Jika anda melihat ciri ini dan ingin tahu lebih lanjut, sila baca artikel ini.
Apakah Pemilih Foto?
Pemilih Foto ialah alat pada peranti yang tersedia untuk membantu mengenal pasti foto dalam galeri foto anda yang boleh dijadikan foto profil. Gunakan AI untuk mencari foto profil anda dengan cepat, sama ada dengan mengambil swafoto atau menggunakan foto anda yang sedia ada, dan biarkan Pemilih Foto melakukan selebihnya. Alat ini tersedia semasa pendaftaran dan bila-bila masa anda ingin menambah foto profil.
Bagaimanakah Pemilih Foto berfungsi?
Mula-mula, anda perlu menjana data biometrik yang digunakan untuk mencari foto diri anda pada peranti anda. Anda mempunyai dua pilihan—sama ada menggunakan foto profil yang menunjukkan wajah anda atau mengambil swafoto.
Kedua, ciri ini memilih foto daripada galeri foto anda yang mungkin sesuai dijadikan foto profil. Pemilihan ini adalah berdasarkan apa yang telah kami pelajari tentang ciri-ciri foto profil yang baik, seperti pencahayaan, komposisi dan banyak lagi. Ciri ini juga menyingkirkan foto kumpulan atau foto yang mungkin melanggar Syarat Penggunaan dan Garis Panduan Komuniti kami.
Akhir sekali, anda akan membuat pilihan daripada beberapa foto yang akan dimuat naik ke profil anda. Ingat, walaupun alat ini bertujuan untuk membantu anda, anda tetap bertanggungjawab atas apa yang anda pilih untuk muat naik, termasuk memastikan foto tersebut mematuhi Syarat Penggunaan dan Garis Panduan Komuniti kami, serta mana-mana undang-undang tempatan yang mungkin terpakai bagi penggunaan alat Pemilih Foto oleh anda.
Selain itu, ingat bahawa anda perlu memberikan akses penuh atau separa kepada pustaka foto anda serta akses kepada kamera anda supaya langkah pertama ini dapat berfungsi. Anda boleh melaraskan Tetapan pada bila-bila masa untuk mengubah tahap akses, atau menarik balik akses sepenuhnya setelah selesai.
Bagaimanakah Pemilih Foto gunakan data saya?
Ini bahagian yang terbaik. Ciri Pemilih Foto beroperasi sepenuhnya pada peranti awak dan awak boleh mengawalnya pada setiap masa. Lihat di bawah untuk mendapatkan butiran tentang cara data awak digunakan pada setiap langkah proses:
- Mencadangkan foto profil: Pemilih Foto tidak menggunakan data biometrik untuk mencadangkan foto profil untuk anda gunakan. Sebaliknya, Tinder menggunakan alat yang melindungi privasi untuk mengesan foto profil anda yang menunjukkan garis luar wajah, tanpa menjana sebarang data biometrik atau mengumpul butiran tentang ciri wajah anda. Proses ini berlaku sepenuhnya pada peranti anda dan Tinder tidak menerima sebarang maklumat tentang foto profil yang mempunyai wajah yang dikesan di dalamnya.
- Menjana dan menggunakan biometrik anda: Biometrik dijana sama ada daripada foto profil anda atau swafoto video anda dan kemudian dibandingkan dengan foto dalam galeri foto anda. Tinder tidak mengumpul, menyimpan, mengakses atau menerima sebarang biometrik yang dijana daripada video swafoto, foto profil atau foto anda pada jalur filem anda. Sebaliknya, segala-galanya berlaku sepenuhnya pada peranti anda dan semua data biometrik yang digunakan sebagai sebahagian daripada ciri ini dipadamkan daripada peranti anda sebaik sahaja anda keluar dari ciri tersebut.
- Mengimbas foto anda: Tinder tidak mengumpul atau mengakses sebarang foto daripada galeri foto anda, dan proses mengimbas serta mencadangkan foto tertentu berlaku sepenuhnya pada peranti anda. Tinder hanya mengumpul foto yang akhirnya anda pilih untuk dimuat naik ke profil anda.
Mengapa saya tidak melihat foto saya dengan rakan saya dalam cadangan?
Pemilih Foto direka untuk mengecualikan foto kumpulan. Kami minta anda untuk hanya gunakan ciri ini untuk cari foto anda.
Bagaimana jika saya tidak suka gambar yang ditunjukkan kepada saya?
Jika Pemilih Foto secara kebetulan membentangkan foto yang anda rasa bukan yang terbaik, sila kongsi maklum balas anda dalam borang hubungan kami. Maklum balas anda memainkan peranan penting untuk membantu kami menambah baik ciri ini.
Di manakah Pemilih Foto tersedia?
Pemilih Foto tersedia untuk pengguna Android dan iOS di seluruh dunia.