Profil disembunyikan apabila kami belum/tidak dapat mengesan foto wajah yang sah pada profil awak. Disembunyikan bermakna profil awak tidak akan dilihat oleh orang lain di Tinder dan awak tidak akan dapat menggunakan ciri tertentu, seperti Suka, Super Suka, Boost atau Super Boost. Awak masih boleh akses Tetapan awak dan bersembang dengan Padanan sedia ada.
Kenapa saya perlukan foto wajah?
Untuk tingkatkan pengalaman keseluruhan awak dan kualiti profil yang awak lihat di Tinder, pengguna dikehendaki muat naik sekurang-kurangnya 1 foto wajah di banyak wilayah di seluruh dunia. Keperluan ini sedang dilancarkan ke lebih banyak negara dan walaupun ini merupakan keperluan profil, beberapa pengecualian akan dikenakan.
Bagaimanakah cara tambah foto wajah?
Untuk mengelakkan gangguan pengalaman awak, awak mesti tambahkan foto wajah pada profil awak. Foto wajah yang boleh diterima hendaklah:
- Tunjukkan wajah penuh awak dengan jelas: Pencahayaan yang terang dan dekat adalah yang terbaik. Elakkan apa-apa yang menutup atau mengaburkan muka awak, seperti topeng, tangan atau telefon awak.
- Ikut garis panduan kami: Pastikan foto awak mengikut Garis Panduan Komuniti kami.
Bagaimanakah Tinder boleh mengetahui sama ada saya mempunyai foto wajah?
Kami menggunakan teknologi meningkatkan privasi untuk mengesan kehadiran wajah dalam foto, tanpa mengumpulkan sebarang butiran khusus tentang wajah itu sendiri. Dalam erti kata lain, kami tidak menggunakan data pengecaman muka (“data biometrik” dalam sesetengah bidang kuasa) untuk memetakan wajah atau identiti awak secara unik. Alat kami hanya mengesan kehadiran muka secara kasar.
Saya mempunyai foto wajah, jadi mengapa profil saya disembunyikan?
Profil disembunyikan apabila sistem kami tidak dapat mengesan foto wajah dengan jelas. Sila periksa sama ada wajah awak terang dan jelas kelihatan. Jika foto wajah awak memenuhi keperluan kami, tetapi profil awak masih disembunyikan, sila hubungi kami.
Adakah keperluan ini terpakai semasa melancong?
Keperluan ini sedang dilancarkan di kawasan terpilih dan akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan pada masa hadapan. Bagaimana ia boleh memberi kesan kepada awak:
- Mengembara dari negara dengan keperluan foto wajah ke negara yang tidak perlukannya: Profil awak tidak perlukan foto wajah atau tidak akan terkesan apabila awak mengembara kalau awak memang sudah ada foto wajah.
- Mengembara dari negara tanpa keperluan foto wajah ke negara yang perlukannya: Awak perlu tambah foto wajah untuk terus menggunakan profil awak kalau mengembara ke negara yang perlukannya.
Profil awak mungkin berubah buat sementara waktu berdasarkan keperluan negara yang awak lawati dan apabila awak pulang ke negara awak, profil itu akan kembali secara automatik.
Saya tidak mahu muat naik foto wajah. Apakah pilihan saya?
Kami faham kalau awak tidak mahu muat naik foto wajah awak. Profil awak akan disembunyikan daripada orang lain dan awak tidak akan dapat menggunakan ciri tertentu, seperti Suka, Super Suka, Boost atau Super Boost. Ingat, mempunyai foto yang jelas boleh tingkatkan peluang awak untuk berhubung dengan orang lain. Mahu kawal siapa yang lihat awak? Edit Tetapan awak untuk sekat sesiapa sahaja atau guna Mod Penyamaran.
Kalau berubah fikiran, awak boleh muat naik foto wajah awak dengan mudah pada bila-bila masa.
Selain itu, kami paham dan hormati kebimbangan yang awak mungkin ada berhubung keperluan ini. Kalau awak mahukan lebih banyak sokongan dan ingin berkongsi bagaimana keperluan ini memberi kesan kepada awak, sila hubungi kami. Kami bersedia pertimbangkan pengecualian atas sebab agama dan keselamatan yang sah.