Berkongsi tentang diri awak yang sebenar
Di Tinder, kami komited untuk mewujudkan dan mengekalkan ruang yang selamat dan inklusif untuk semua. Kami sentiasa meneroka cara baru untuk pastikan pengalaman awak di platform kami bukan sahaja positif tetapi juga memperkasakan. Mengutamakan inisiatif yang menyokong ekspresi diri awak yang sebenar adalah teras kepada perkara yang kami lakukan.
Tak kira di mana awak berada dalam spektrum jantina dan seksualiti, awak dialu-alukan di sini. Kami sedang berusaha mengembangkan pilihan identiti jantina dan orientasi seksual, membolehkan awak menggambarkan diri awak dengan tepat dan penuh keyakinan.
Nota: Kami sedang menguji pilihan jantina dan orientasi seksual yang lebih luas di pasaran tertentu, jadi pengalaman mungkin berbeza bergantung pada lokasi awak.
Mengapa ini penting
Kami akui bahawa identiti pengguna kami adalah kompleks dan pelbagai, dan adalah penting untuk platform kami mencerminkan kepelbagaian ini. Berkongsi jantina dan orientasi seksual awak membantu kami menyokong keselamatan, keselesaan dan representasi inklusif awak. Ia juga membantu kami mengetahui lebih lanjut tentang diri awak dan mengesyorkan padanan berpotensi yang sesuai dengan pilihan awak.
Jantina dan orientasi seksual hanya akan muncul pada profil awak jika awak pilih untuk berkongsi tentangnya. Kami akan lakukan yang terbaik untuk mengalih keluarnya secara automatik bagi pengguna LGBTQIA+ di lokasi di mana identiti dan ekspresi mereka dianggap sebagai jenayah atau dicemuh.
Mengemas kini jantina atau orientasi seksual awak
Awak boleh kemas kini jantina atau orientasi seksual pada bila-bila masa dengan langkah berikut:
- Buka Tinder
- Ketik ikon profil
- Ketik ikon pensel atau Edit Profil
- Skrol ke bawah ke 'Jantina' atau 'Orientasi Seksual'
Kemas kini jantina: Pilih daripada "Lelaki", "Wanita" atau "Melebihi Binari". Pilihan tambahan mungkin tersedia untuk bantu awak mengenal pasti diri awak dengan lebih baik. Awak boleh pilih sebanyak mungkin jantina yang menggambarkan diri awak. Awak perlu pilih sekurang-kurangnya satu daripada kategori utama.
Kemas kini orientasi seksual: Awak boleh pilih cara awak mahu menggambarkan orientasi seksual awak, atau tidak mengatakannya sama sekali- terpulang kepada awak! Bahagian ini tak perlu.
Tunjukkan jantina atau orientasi seksual awak
Semasa mengedit profil, awak ada fleksibiliti untuk urus keterlihatan jantina dan orientasi seksual awak. Awak boleh pilih untuk tunjukkan maklumat ini betul-betul di bawah nama awak, sembunyikannya atau hanya tunjukkan aspek tertentu yang awak selesa. Untuk melihat bagaimana pilihan awak dipaparkan, awak boleh pratonton profil awak secara terus di skrin 'Edit Profil'. Pilihan jantina dan orientasi seksual awak akan disembunyikan di lokasi di mana identiti awak mungkin mengancam keselamatan awak.
Soalan Lazim (FAQ)
Mengapa "Melebihi Binari" dan bukannya "Bukan Binari"?
Kami menggunakan "Melebihi Binari" untuk mewakili secara inklusif mereka yang berasa tidak sejajar dengan kategori "Lelaki" atau "Wanita," termasuk mereka yang mengenal pasti diri mereka sebagai Gender-Fluid, GNC, Interseks, dan lain-lain. Terminologi ini menghormati pengalaman unik setiap orang di Tinder.
Bagaimana jika saya tidak melihat jantina atau orientasi seksual saya di Tinder?
Senarai identiti kami sentiasa berkembang hasil input daripada pakar keterangkuman dan maklum balas daripada pengguna seperti awak. Jika jantina atau orientasi seksual awak tidak disenaraikan, sila gunakan pilihan 'Tidak disenaraikan' untuk makluman kami. Maklum balas awak adalah penting dalam komitmen berterusan kami terhadap keterangkuman.
Nota: Bergantung pada lokasi awak, keupayaan untuk melaporkan pilihan tak tersenarai mungkin tidak tersedia.
Adakah jantina saya digunakan dalam cara orang lain menemui saya di Tinder?
Ya, cara awak kenal pasti jantina awak di Tinder mempengaruhi kemunculan awak dalam carian orang lain. Awak juga boleh kawal orang yang awak lihat di Tinder dengan mengemas kini Tetapan Penemuan awak. Ini memberi awak kawalan ke atas siapa yang awak berhubung di Tinder.