Cara Pengesahan ID + Foto berfungsi
Jenis ID yang diterima untuk semakan ID
Cara maklumat Pengesahan ID + Foto saya digunakan
Maklumat yang disimpan selepas Pengesahan ID + Foto selesai
Cara memadam maklumat Pengesahan ID + Foto saya
Dapatkan maklumat lanjut tentang amalan data Tinder, termasuk hak privasi saya
Pengesahan ID + Foto merupakan proses pilihan yang menunjukkan foto pada ID awak serupa dengan sekurang-kurang satu foto profil awak. Kalau dah buat, awak akan dapat lencana pada profil supaya orang tahu awak dah buat Pengesahan ID + Foto.
Awak juga dapat tengok profil Tinder lain yang dah buat proses ini. Dengan itu, awak boleh buat keputusan dengan lebih baik tentang orang yang awak berinteraksi di Tinder. Diingatkan yang ciri ini tak menjamin keaslian ID atau keselamatan pengguna tertentu. Sila pertimbangkan sebaik mungkin dan semak Tip Keselamatan sebelum berjumpa atau berkongsi maklumat peribadi dengan padanan berpotensi.
Nota: Pengesahan ID + Photo hanya tersedia untuk sesetengah orang di pasaran ujian yang terpilih, pada iOS, Android, dan web (tinder.com).
Cara Pengesahan ID + Foto berfungsi
Pengesahan ID + Foto melibatkan dua langkah: (1) Pengesahan Foto, dan (2) Semakan ID. Kalau dah buat Pengesahan Foto secara berasingan, awak tak perlu buat langkah pertama lagi. Sebaik sahaja salah satu langkah dah dibuat, awak akan dapat tanda biru pada profil.
- Langkah membuat Pengesahan Foto dimulakan dengan mengimbas wajah pada swavideo awak. Ini membantu kami untuk tentukan sama ada orang yang ambil video adalah orang hidup yang sebenar dan bukan dihasilkan atau dimanipulasi secara digital. Apabila mengambil swavideo, geometri muka awak, yang dianggap sebagai "maklumat biometrik" di sesetengah tempat (dipanggil "Data Pengesahan" di sini) akan digunakan dan disimpan untuk menyemak foto profil awak, mengurangkan penipuan dan memastikan tiada profil lain yang menggunakan rupa awak. Data ini juga digunakan untuk menyemak sama ada orang dalam swavideo adalah orang yang sama seperti dalam foto ID awak dan sekurang-kurangnya satu foto profil. Data geometri wajah akan disimpan sepanjang hayat akaun awak untuk kekalkan lencana ID + Foto, membolehkan awak buat kemas kini dan tukar foto profil, pada masa sama tunjukkan lencana awak. Swavideo dipadamkan dan tidak ditambahkan ke profil awak, tetapi kami menyimpan dua tangkapan skrin daripada swavideo awak untuk mengaudit dan menguruskan ciri ini.
- Langkah Semakan ID melibatkan Tinder menyemak muat naik dokumen pengenalan yang dikeluarkan kerajaan. Alat ini menyemak sama ada foto pada ID sepadan dengan wajah daripada swavideo dalam langkah Pengesahan Foto dan sekurang-kurangnya satu foto profil. Kalau dah lengkapkan Pengesahan Foto, foto pada ID akan dibandingkan dengan maklumat pengecaman wajah yang disimpan dan awak tidak akan diminta untuk mengambil swavideo lagi. Tinder juga menyemak untuk melihat sama ada tarikh lahir pada ID melebihi 18 tahun dan sepadan dengan maklumat pada profil. Kalau maklumat tidak sepadan, tarikh pada profil akan dikemas kini menggunakan maklumat daripada ID yang diserahkan. Foto ID separa tersunting dikekalkan sepanjang hayat akaun untuk mengaudit ciri ini. Kami juga mengekalkan nama pada ID sepanjang hayat akaun untuk mengaudit dan membuat pengesahan.
Untuk butiran lanjut tentang cara maklumat di atas digunakan, disimpan dan dipadamkan, sila lihat di bawah.
Jenis ID yang diterima untuk Semakan ID
Untuk langkah Semakan ID dalam proses Pengesahan ID + Foto kami, kami menerima pelbagai dokumen pengenalan foto (ID) keluaran kerajaan. ID foto yang disokong termasuk kebanyakan lesen memandu, pasport dan kad ID kebangsaan.
Semasa menyerahkan ID awak, pastikan awak memberikan paparan penuh yang menunjukkan foto, nama dan tarikh lahir awak dengan jelas.
Cara maklumat Pengesahan ID + Foto saya digunakan
Kami hanya menggunakan data yang dikumpul untuk memproses permintaan bagi Pengesahan ID + Foto. Untuk melakukan proses Pengesahan Foto, kami gunakan maklumat geometri muka daripada swavideo dan sekurang-kurangnya satu foto profil. Untuk melakukan proses Semakan ID, kami menggunakan foto, nama dan tarikh lahir daripada ID, dan tangkapan skrin separa tersunting daripada bahagian hadapan ID. Lihat "Cara Pengesahan ID + Foto berfungsi" di atas untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang cara maklumat ini digunakan untuk menyediakan ciri tersebut. Jika berada di Amerika Syarikat dan mengambil bahagian dalam proses Pengesahan ID kami, maklumat tersebut juga akan digunakan untuk menjalani pemeriksaan pesalah seks berdaftar (RSO) (lihat pemeriksaan latar belakang yang diperlukan untuk penduduk AS).
Maklumat yang disimpan selepas Pengesahan ID + Foto selesai
Untuk langkah Pengesahan Foto, kami akan menyimpan dua tangkapan skrin daripada swavideo sepanjang hayat akaun awak untuk mengaudit dan mengurus bahagian Pengesahan Foto bagi ciri ini. Kami juga menyimpan maklumat geometri wajah daripada swavideo sepanjang hayat akaun untuk mengekalkan Lencana ID + Foto Disahkan semasa mengemas kini dan menukar foto profil.
Untuk langkah Semakan ID, kami menyimpan salinan foto dan nama daripada ID dan foto tersunting bahagian hadapan ID untuk mengaudit ciri ini sepanjang hayat akaun. Foto tersunting ID hanya menunjukkan maklumat seperti yang dinyatakan dalam "Cara Maklumat Pengesahan ID + Foto Digunakan" dan menyembunyikan sebarang maklumat lain seperti alamat, ciri fizikal dan nombor ID atau kod bar.
Kami juga akan simpan hasil keseluruhan proses (cth., berjaya atau tidak).
Kami menyimpan maklumat di atas pada pelayan Amazon Web Service (AWS) kami. Untuk maklumat lanjut, lihat amalan privasi AWS. Kami tidak berkongsi maklumat geometri muka dan tangkapan skrin dengan mana-mana pihak ketiga.
Setelah akaun awak ditutup, maklumat di atas dipadamkan mengikut Dasar Privasi kami.
Cara memadam maklumat Pengesahan ID + Foto saya
Maklumat Pengesahan ID + Foto awak termasuk (1) data geometri wajah (iaitu 'templat' yang digunakan untuk lengkapkan semakan Pengesahan Foto), (2) maklumat yang diambil daripada ID seperti yang dinyatakan di atas, (3) salinan tersunting bahagian hadapan ID, dan (4) tangkapan skrin swavideo. Sila lihat di bawah untuk mendapatkan maklumat tentang cara memadamkan data jenis ini.
Data Geometri Muka
Awak boleh padamkan data geometri wajah dengan memadamkan akaun Tinder awak di halaman Tetapan aplikasi.
Mengapakah saya perlu memadamkan akaun saya untuk memadamkan data ini?
Lencana ID + Foto Disahkan di Tinder ialah cara yang terbaik untuk membantu menunjukkan padanan berpotensi yang awak benar-benar kelihatan seperti foto profil dan foto ID awak. Untuk pastikan ahli tidak keliru atau ragu-ragu sama ada padanan mereka masih dalam ID + Foto Disahkan, kami tidak membenarkan ahli memadamkan data geometri wajah mereka (dengan itu melumpuhkan Pengesahan ID + Foto) tanpa menetapkan semula padanan mereka dan bermula semula dengan akaun biasa yang tidak disahkan . Keperluan ini bertujuan mengelakkan penyalahgunaan Lencana ID + Foto Disahkan dan memastikan pengguna lain yakin yang padanan mereka terus mengekalkan akaun dengan ID + Foto Disahkan.
Apabila awak menutup akaun, maklumat di atas dipadamkan mengikut Dasar Privasi kami.
Data yang diambil daripada ID dan Salinan ID yang Disunting
Kami menyimpan maklumat yang diambil daripada ID (seperti yang dihuraikan di atas dalam "Maklumat yang disimpan selepas Pengesahan ID + Foto selesai") untuk mengekalkan pengesahan ID.
Kami juga menyimpan salinan ID tersunting sepanjang hayat akaun untuk mengaudit ciri ini. Foto tersunting ID hanya memaparkan maklumat yang digariskan di atas dalam "Cara Maklumat Pengesahan ID + Foto saya digunakan" dan membuang secara kekal sebarang maklumat lain seperti alamat, ciri fizikal dan nombor ID atau kod bar.
Kalau awak nak padamkan maklumat yang diambil daripada ID awak atau ID yang telah disunting, awak boleh memadamkan akaun awak seperti yang dinyatakan di atas. Kami memerlukan ahli memadamkan akaun mereka dan mula semula dengan akaun yang tidak disahkan, atas sebab yang sama seperti yang dinyatakan di atas.
Tangkapan Skrin Swafoto Video
Awak boleh minta pemadaman dua tangkapan skrin daripada swavideo awak dengan menulis kepada pasukan Sokongan kami. Dalam apa jua keadaan, maklumat ini dipadamkan semasa penutupan akaun, menurut Dasar Privasi kami.
Semakan RSO untuk penduduk AS
Jika berada di Amerika Syarikat dan mengambil bahagian dalam proses Pengesahan ID kami, maklumat tersebut akan digunakan untuk menjalani pemeriksaan pesalah seks berdaftar (RSO). Apabila memberikan ID AS, Tinder akan menjalankan semakan RSO menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Maklumat berikut dikongsikan untuk menjalankan semakan:
- Nama Pertama, Tengah dan Akhir
- Tarikh Lahir
Jika maklumat ditemui melalui semakan ini, akaun akan menjalani semakan manual dan pasukan kami akan mengambil tindakan sewajarnya. Untuk maklumat tambahan, sila lihat Syarat Perkhidmatan kami.
Proses ini membantu kami mengekalkan persekitaran yang lebih selamat di Tinder.
Nota: Semakan RSO tidak dilakukan di Maine pada masa ini disebabkan oleh sekatan undang-undang.
Dapatkan maklumat lanjut tentang amalan data Tinder, termasuk hak privasi saya
Lawati Dasar Privasi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi kami, termasuk bahagian Hak Awak .
Saya masih ada soalan
Hubungi kami bila-bila masa!